sentuhan hlovate pada jiwa

November 20, 2009 at 8:22 am | In Resensi | Leave a Comment

cover depan yang lawa

aA+bB hasil karya Hlovate mengajar erti hidup. Saya belajar untuk cuba memaknakan hidup. Hidup yang jalannya bermula daripada lelah dan putus asa. Kronologi awal memang ada ketika dirasakan tidak kena dengan jiwa. Sesekali, ada masanya hati juga terusik. Akal tiba-tiba cuba menguji,dan cuba bertanya:

“perlukah aku meneruskan pembacaan? betul ke aku di track yang betul nie? alahaiii..takut plak la tersilap jalan. cuti-cuti Malaysia nie bukan boleh percaya sangat. kalau orang lain cuti Malaysia, aku percaya. kalau aku sendiri, kadang-kadang boleh terbabas tak ingat dunia. walaupun ingat Allah itu ada, walaupun kenal Pencipta itu siapa, tahu-tahu sajalah bilamana nafsu menguasai.. ya Allah, na’udzubillah..”

aA+bB- Hlovate rentak bahasanya santai. Ada banyak perkataan yang gila-gila. Bukan Bahasa Melayu biasa. Namun, ada masanya sentuhan penulis tepat kena pada hati. Penulis menjiwai watak seorang remaja yang membesar dewasa. Memahami gaya hidup seorang Pra-Dewasa. Seterusnya, menjadi seorang Dewasa. Penulis menghurai makna hidup yang bermula daripada jahil tidak tahu apa-apa, sedikit celik dengan dunia, dan proses belajar ini terus berjalan hingga akhirnya betul-betul mengenal kewujudan Pencipta. Subhanallah, ilham dari Allah yang sungguh luar biasa!

Suka dengan gaya bahasa yang tidak direct, tetapi boleh difahami. Suka dengan kronologi cerita yang banyak unsur suspens, dan lawak santai yang sememangnya mencuit hati. Pada mulanya, ingatkan jalan cerita novel nie macam ala-ala CINTA ROMEO dan JULIET, ataupun macam biasa yang kita selalu tengok dalam drama, mula-mula bergaduh tidak ingat dunia, “You You! I I! Yours is Yours. Mine is Mine”,  kemudian kena kahwin paksa, kemudian tiba-tiba jatuh cinta, dan hidup happy ever after. Lain sedikit, walaupun ada unsur-unsur yang sebegitu.

Apapun, saya dapat sesuatu.

1. belajar menghayati erti hidup. setiap titik perjalanan yang dilalui, ada maknanya yang Allah sedang rancang, ada hikmahnya yang tersendiri.

2. bersedia untuk belajar, dan buka hati untuk belajar. hanya orang yang nak belajar, dan nak buka hati untuk terima hidayah Allah saja yang akan dapat kenal HIKMAH hidup.

3. masa silam dan masa lampau mengajar. kejahilan atau kesilapan pada masa lalu bukan suatu yang sia-sia, tetapi mengajar diri untuk lebih memaknakan hidup pada masa depan.

4. apa yang dirasakan tidak sesuai dengan diri, atau difikir tidak serasi dengan jiwa, apabila Allah dah kata YA, walaupun benda tue kita tak suka, percayalah bahawa ada sesuatu yang dirancangNya. setiap perancangan Allah itulah yang terbaik.

5. positiflah dengan apa saja mendatang.

6. bukalah minda untuk menceburkan diri dalam sesuatu yang baru. selagi tidak salah atau bertentangan di sisi agama, teruskanlah. percaya pada Allah. percaya pada diri!

aA+bB: Hlovate best!

p/s: apapun, terpulang pada individu masing-masing. punya cara dan rentak sendiri. cara kita fikir berbeza, cara kita pandang sesuatu pun berbeza, namun selagi kita percaya bahawa Allah itu ada, dan Dia Tuhan kita, menghayati makna Ad-Deen dalam hidup, mempraktikkannya sehabis daya, maka kita serupa. tiada beza. Oh, aku manusia biasa! [uhuh..nak kena baca buku ilmiah plak nieh. otak berkarat nanti. takmaula..takmau!]

Wassalam.

Syurga Dunia III

November 19, 2009 at 8:28 pm | In Santai | 4 Comments

*bahasa melayu tunggang-langgang. harap maklum.

“Aaaaaa…!!” Berteriak panjang  Syirah bila Kak Umairah dan Kak Ukasyah mengusik nak peluk dia petang tadi.

“Cehhhh..acecehhh..tahniah! Tahniah Syirah!” Akak tersenyum panjang. Kain telekung dilipat dan diletakkan kembali di tempat asal. Selesai solat Zohor. Syirah masuk bilik, nak ambil tuala. Baru sampai dari sekolah. Akak sengaja menonjolkan muka semanis mungkin. Biar dia rasa usahanya dihargai. Biar kesungguhannya dirasakan berbaloi. Syirah tersengih panjang. Suka.

Pak Ngah Jo cakap kat Ummie tadi, “masih tak pecah tradisi..” Kak Umairah, Kak Ukasyah, ‘Ammar dan sekarang, Syirah, alhamdulillah 5 A. Tunggu Iman la pulak. Adik dengan Akak awal-awal lagi dah gelak besar. Ummie tersengih, pelik. [kenapala anak-anak dia nieh? tak paham betul la.]

“Haa.. UPSR memang la. SPM hancuss.. hancuss lebuq!”  Akak cuba menjelaskan. Adik kemudiannya mengulang. 

“Hancuss Miee..hancuss!”

“UPSR memangla ada tradisi. SPM, takdan nak buat tradisi.” Akak balas selamba. Kami sama-sama di ruang tamu. Syirah sibuk layan YM dan fesbuk. [biasalah..anak-anak muda zaman sekarang. kalau dulu-dulu, Kak Umairah dan Kak Ukasyah layan teddy bear ja. teddy bear kaler pink dan coklat diberi nama Amir Amirah pulak tue.]

“Ala, takpala.. alhamdulillah, masuk U jugak tuh. Itulah kan, rezeki Allah nak bagi.” Ummie menyambung. Akak terus tenggelam dalam dunia novel. Menjiwai watak sebaik mungkin. Novel kedua yang dibaca sepanjang cuti ini; Menunggu Cinta Tuhan. [lebih kurang macam satu tajuk teater yang pakteh sebut-sebut dulu. tak ingat plak tajuk dia. teringin nak tengok teater tue.]

Hari pertama. Hari pertama bercuti di rumah. Lega rasanya melihat wajah-wajah tersayang. Tenang! Damai! Ya Allah, syukur! Apapun, diri hanya mengharapkan satu. Moga tetap berpijak di bumi nyata. Tetap ingat Allah walau di mana-mana pun. Kekuatan iman tetap stabil untuk membentengi apa saja dugaan yang mendatang.

Ahhhh.. [mengeluh dalam-dalam]. Umy pernah mengeluh. Pernah mengadu kat Intan, “intan, knape kalu kat umah, Umy tak kuat aje ha? tak macam kat UIA. sedih laa..”

Intan balas, “kalau kat U ada halaqoh, kat rumah mesti ada halaqoh hati.”

Ya, HALAQOH HATI!

p/s: sekian, diari hari pertama! nak solat Isyak dulu. plan nak makan kat luaq nie. duit walid. walid belanja. [bleh kata celebrate kejayaan Syirah jugak la nie. ya Allah, syukur alhamdulillah. syukur..syukur..]

lafaz yang tersimpan

November 18, 2009 at 8:12 am | In Soal Hati | 3 Comments

lukisan hiasan yang sepatutnya saya nak ada dalam posting ini: [ada jalan lurus dilukis memanjang dari luas, ke makin sempit. ada dua tangan yang dibukakan seluasnya membentangkan arah jalan.ton warna gelap, hitam kelabu. dekat hujung jalan, ada warna cerah, bercahaya. ]

- oh! hanya saya yang tahu apa yang saya fikir. bukan mudah nak ilustrasikan, agar orang tahu apa yang kita sedang bayangkan. saya nak cari gambar nie kat gugel search, tapi takda laaaaa...saya nak lukis, tapi orang lidi ajelah yang jadi nanti. jadi, takpelah. cukuplah sekadar perkataan yang menghubungkan dua fikiran kita. aku dan kamu! dari dua dimensi berbeza, perspektif berbeza, tapi cukuplah bayangan yang sama membentuk satu lukisan yang sama.hehe.-

“Hahhhhhhhhhh..entahlah!” Menghembus nafas panjang. Perlahan-lahan, udara segar yang bebas bergerak disedut kembali. Kemudian dilepaskan lagi buat kali kedua. Senang dengan kelakuan itu.

Satu saja kalimah yang ada dalam hati saat ini, “Allahhu Akbar!” Maha Hebat Engkau yang Maha Menyatukan. Aku masih lagi sangsi. Dia mungkin masih lagi tertanya-tanya. Cukuplah, kami sekadar mengikut percaturan hidup Yang Maha Hebat. Dia lebih tahu. Maha Tahu.

“Rahsia apakah di sebalik semua ini ya Allah?” Masih ingat lagi beberapa patah katanya yang dulu. Lontaran perkataan berbau aroma syukur. Dia mengoyak senyum manis, kira-kira lewat petang semalam. Aku menyambut mesra. Sangsi jua. Dia seolah-olah meragui jodoh pertemuan kami. Peristiwa semalam masih lagi terimbas. Terakam pada sudut memori, jelas! Tersimpan kemas.

Bermula pada bibit-bibit pertemuan pertama, dia sekadar bertanyakan jalan, aku sekadar menjawab soalan, bertukar nombor telefon, dan hingga ke hari ini rupanya perkenalan itu masih berjalan. Hinggalah semalam! Kami masih lagi dipanjangkan jodoh rupanya, untuk bertemu buat kali kedua.

Dia bukan Dr.! Dia bukan Makcik! Dia bukan Madam! Dia bukan Mak! Dia kawan. Saya belum pernah sekali pun ada “kawan” sebegini. Dia kawan! Dia sahabat. Macam kawan yang boleh diajak gelak bersama. Macam sahabat yang boleh diraikan pengalamannya. Macam teman yang boleh mendengar luahan hati. Macam taulan yang sudi mendengar celoteh dan pendapat sahabatnya. Macam sahabat! Persis.

“kawan saya 40 tahun.” “saya 20 tahun.”

“kawan saya bakal mengambil PhD.” “saya degree pun tak lepas-lepas lagi.”

“kawan saya salah seorang pensyarah psikologi di sebuah maktab perguruan.” “saya masih lagi pelajar tahun 1.”

Dia tak anggap saya macam anak. Dia anggap saya macam kawan! Saya rasa mesra. Uniknya pertemuan dan percaturan hidup Allah.

Banyak perkara ajaib yang berlaku. Saya kelu. Kelu untuk berkata-kata. Kelu untuk bercerita. Saya teruja. Maka, terhentilah coretan ini di sini saja, biarpun hati saya melonjak-lonjak untuk bercerita lebih. Entah perkataan apa untuk saya sambungkan, biar jadi sebuah cerita! Entah ayat bagaimana untuk saya susun, agar lengkap sebuah prolog. Monolog-monolog pada lubuk hati ini, susah benar untuk ditarik ke dasar, agar tersusun kemas menjadi sebuah epilog.

Biarpun terakam kemas dalam minda, susah..memang susah untuk saya titipkan satu persatu, biar lengkap sebuah kisah. Haahhh..susah! Memang susah.

Cukuplah dengan sebaris kalimah, “kenalilah seseorang dengan nama Allah!”

.biasa. & .biasa-biasa.

November 17, 2009 at 1:23 am | In Santai | 2 Comments

 

  • sekadar suka-suka. kalau suka, teruskan membaca. kalau tak suka, tinggalkan segera ataupun bacalah yang mana suka ya! 

 

  • saya adalah manusia biasa. perempuan biasa. sangat-sangat biasa. jadi, hakimilah saya macam orang yang biasa-biasa. walaupun saya pernah dan sentiasa ingin jadi luar biasa, tetapi saya tetap rasa selesa dengan status biasa-biasa. cukuplah, mengenali saya dengan saya yang biasa-biasa saja sebab saya memang semulajadinya biasa-biasa saja. kalau nampak saya biasa-biasa, haaa betullah itu saya! kalau yang nampak saya luar biasa tue, haa bukan sayalah tue. tapi, apa yang anda faham tentang “biasa” dan “luar biasa” yang saya maksudkan? kalaupun saya nampak istimewa, hanya kerana saya manusia yang Allah cipta. jadi bukan saya yang harus dipuja, tetapi Dialah yang selayaknya!

 

  •  penggunaan bahasa Melayu yang tersangatlah tunggang-langgang. saya rasa penat nak Italic atau Bold kan perkataan “rojak BM & BI” serta beberapa “singkatan” dalam nie sebab banyak sangat. tak larat laa hari nie, walaupun saya salah seorang Pencinta Bahasa Melayu! harap maklum.

 

  • 16 November 2009

Rasa macam nak tulis diari. Diari yang semua orang boleh baca. Sebenarnya, tak berapa suka dah tulis-tulis diari nie, walaupun pernah suka tulis diari. Entahlah, rajin semacam je hari nie. Sedang tertunggu-tunggu kehadiran seseorang sebenarnya nieh. Teringat pulak kat Nuri. Moga Nuri tabah. Cekal dan masih sabar meneruskan perjuangan. [satu paper je lagi ok!- ‘ulum hadis.] Bukan apa, mesti Nuri penat hari nie. Jalan-jalan dengan Umy setengah hari, semata-mata nak cari tiket. Hujan lebat lagi. Basah kuyup walaupun berpayung. Alhamdulillah, dapat la jugak beli tiket. [harap sangat Nuri tak demam, dan tetap kuat untuk meneruskan perjuangan esok hari. gggrrrr..]

Tapi, perkara yang tak disangka-sangka terjadi tadi [sian Nuri.. :( ] InsyaALLAH, ada hikmahnya. Nuri redha. Umy pun redha jugak. Muka Nuri nampak tenang, tapi di hati siapalah yang tahu? Hanya Tuhan Yang Tahu. Rimas la jugak dengan suasana di Pudu tadi. Sesak. Ramai orang. Jalan ke kaunter sini, ada saja yang tahan. Belok ke kaunter sana, ada lagi yang tahan.

“dik, nak ke mane dik?

“dik, tanye je dik..tanye je, nak ke mane? bleh nak tunjuk kaunter!”

“dik..dik”

“oooo..dik..”

Jawapan saya hanya satu. Sambil tersenyum, “takpe-takpe, dah beli dah.” Itu kali pertama. Masih mampu membuat perkara yang sama untuk kali kedua dan ketiga. Tetapi, bila dah berkali-kali ditanya soalan yang sama, terus saja saya redah membelah laluan. Senyum pun tidak, menjawab soalan apatah lagi. [fuh, betapa sombongnya! mintak maaf banyak-banyak, nak jimat masa. full stop!]

Saya pun terfikir, “erm..kalau aku tak suka ditanya banyak-banyak kali macam tue, entah-entah depa pun lagilah tak suka menanya banyak-banyak kali macam tue. setiap hari pulak tue! isk..boring..!boring..!”

“Nak buat macam mane, dah keje dorang [promoter]..entah-entah dorang pun tak suke. kan?” Itu sajalah yang Umy cakap dengan Nuri tadi.

Selesai urusan tiket, jalan-jalan sekeliling Pudu sekejap. Kalau dah ke Pudu, saya hanya teringat beberapa benda; sama ada singgah solat di Surau Puduraya, beli tiket ke Penang, menunggu di platform, atau beli buku, novel atau majalah. Sebab-sebab lain, belum pernah terlintas lagi. [tapi, taktaulah masa-masa depan.]

Kalau tidak, nak singgah Kinokuniya, KLCC saja tadi, banyak lagi pilihan kat situ. Tapi sebab hujan lebat sangat-sangat. Keduanya, sebab dah lambat, dan waktu Maghrib hampir saja tiba, terus tukar plan. Beli buku di Pudu saja. [sian Syirah..akak tak dapat la beli buku kat Syirah. kat Pudu, Akak tak jumpa la lagi buku Ain Maisarah. Sowy Mowy Syirah.. shiannn..Akak tak beli papa pun. huu..terkilan gak.]

Yalah, kalau dulu. Iman macam tertunggu-tunggu Akak balik. Seronok check beg Akak. Isk, memang kalutlah adik-adik Akak nieh. [nanti kalau Iman check, laaaa..Akak tak beli apa-apa ka? huh, mesti kecewa menonggeng, menungging, terbalik semua ada depa nieh.uhuks, keshhiann daa..]

Lama jugak belek buku. Taktau nak pilih yang mana satu. Umy tengok saja muka Nuri. Ada riak-riak perubahan tak, kalau Umy beli buku yang satu nie.

“Nuri, takpe tak kalau Umy nak beli buku nie? Nuri bagi tak?” [haha. macam anak tanya mak. macam anak mintak izin ayah. macam adik takut-takut dengan akak.]

Nuri senyum saja. Kemudian kami bersoal-jawab.

“Umy, kita kena baca banyak benda.. Tapi, mesti tahu bezakan baik dan buruk. Kalau Umy baca buku nie, buku-buku yang lain tue [buku-buku agama yang WAJIB dibaca], Umy baca jugak kan?”

Nuri nie macam faham Umy saja. Cuba pujuk-pujuk Umy sikit. Berhikmah! Dah lama sangat Umy tak baca novel berbentuk macam nie. Rasa macam teringin saja.

Sebelum nie, Intan pernah nasihat Umy. Intan cakap, baca novel CINTA, walaupun sedikit, boleh juga terpengaruh. Intan cakap lagi, baca novel CINTA, walaupun NOVEL CINTA berbentuk ISLAMIK, walaupun ada yang memberi pengajaran, tapi kadang-kadang boleh membuatkan kita terpengaruh jugak. Kalau tak kuat, lebih baik mengelak atau mencegah. Diakuilah jugak. Sebab Umy tidak kuat macam semua orang. Umy tak kuat macam Intan. Tak kuat macam Nuri. [huh, tiba-tiba rasa sedih pulak sebab banyak buat silap.sangat-sangat banyak.] Intan cakap, mesti banyakkan baca buku-buku sirah supaya kita sentiasa dekat dengan Rasulullah. Rasa dikelilingi dengan sahabat-sahabat Rasulullah. Rasa hidup dengan Rasulullah. Sebab tue, macam dah jadi PARANOID nak baca novel-novel berbentuk macam tue. Tapi, entah kenapa hari nie, rasa macam teringin saja! Bukan teringin nak bercinta, tak..tak! Cuma nak baca saja. Baca sikitttt saja. Bukan tak ingat nasihat Intan tau! Bukan..bukan..! Bukan camtue. Cuma..ouh, sukar sekali untuk dijelaskan! [insyaALLAH tak terpengaruh, sebab Umy ada Intan nak nasihat Umy pulak buat kali kedua. hehe!]

Tambah-tambah salesgirl tue, pandai saja guna kata-kata manis. Macam semua buku dia dah baca. Mahir berkata-kata.

“Buku nie best. Klaka. Buku nie best. Sedih..” [haiyooo..]

Lepas tue kan, saya bayar dengan beberapa keping not, bernilai RM 45.90.

[aA+bB: Hlovate-nieh untuk Akak.]

Tertarik sebab-sebab : tajuk menarik, nama pengarang menarik, cover depan pun menarik.

[Ketika Cinta Bertasbih II:Habiburrahman El-Shirazy-nieh untuk Adik. Dah lama sangat mintak Akak beli, tak jugak terbeli-beli.ahaha..akhirnya kan Dik? Adik dah selesai episod 1, Akak pulak, satu episod pun tak sentuh lagi. tengok movie jelah nanti. ]

  • Stesen Putra

Saya tengok jam. Macam biasa. Saya dengan jam mana boleh pisah. Bukan jam tangan. Jam handset. Jam tangan dah lama tak berganti bateri. Jarum pun dah tercabut. Tapi, macam biasa, sayang nak buang sebab ada sentimental value. [ouh, tiba-tiba teringat pulak, bulan 12 dah dekat. saja je nak state kat sini. takda maksud lain. kan umie kan? kan walid kan?kan adik kan? ]

Sampai Stesen Putra tadi, pukul 07.19 p.m. Macam biasa jugak. Seronok tengok ragam orang. Ada satu term dalam psikologi tentang fe’el yang macam nie. Fe’el suka tengok orang dan buat spekulasi nieh. [hermm..bagusla kalau nak tulis novel. belajar taswif dan taswir]. Tapi, ya Allah..betul-betul tak ingatla psychology term tue walaupun telah cuba untuk mengingat.

Berbalik kepada kes tengok orang tadi, ada sorang pakcik nie, berkopiah dan berbaju Melayu. Kemas. Bersih. Saya suka buat spekulasi.

“pakcik nie mesti kemas orangnya..”

Pakcik nie, tengah kutip tin-tin. Kitar semula.

“pakcik nie mesti pencinta alam sekitar. paknik nie, baguslaa..tak malu pun walaupun buat kerja macam tue. nak cari kerja halal.”

“pakcik nie..mesti hati mudah saja bersih.” Terus lagi hati berkata-kata. Lama. Panjang.

“Yalah..kalau buat kerja-kerja macam nie, memanglah hati bersih. Mengajar diri untuk selalu merendah diri. Tak sombong.”

Bercerita tentang bab TAK SOMBONG nie, saya suka tegur makcik-makcik yang kerja tukang kebun, cuci toilet, ataupun sapu sampah kat UIA nie sebab kalau saya tegur walau sekali, hati yang gusar secara automatiknya rasa tenang walaupun hanya dengan satu sapaan SALAM. Hari yang menggelisahkan, akan rasa mudah. Saya pun tak pasti kenapa.

Tapi, saya buat spekulasi: “makcik-makcik yang kerjanya membersihkan bumi Allah dengan ikhlas, tak merungut, dan masih senyum-senyum serta bergelak tawa nie hatinya mudah saja bersih. Salam mereka, doa untuk saya. Bila hati dah bersih, oh insyaALLAH..mudah saja Allah makbul. Oh, patutlaa tenang saja! Rasa best. Nikmat. [tapi kan..saya tegur yang mana saya berani jela. macamlah baik sangat nak tegur semua, walaupun saya memang teringin saja nak tegur semua macam Ustaz Rahmat dalam cerita Sang Murabbi tue. Hihi.]

Biasanya saya tegur makcik-makcik yang kerja di Mahallah Sumaiyyah ataupun sorang makcik nie yang akan saya jumpa dekat CELPAD, setiap hari isnin, rabu atau jumaat kira-kira pukul 7.50 pagi ke atas. [oh, dah boleh hafal muka makcik nie! dia selalu sapu sampah kat situ. saya sampai je dia ada. dia ada je saya sampai.]

Pastue, makcik-makcik yang saya jumpa nie akan tersenyum panjang-panjang, sambil berkata:

“nak ke kelas ye dik?”

Saya pun dah boleh hafal kata-kata dia. Agaknya, makcik nie pun dah boleh hadam kata-kata saya.

“Ha’a makcik..” Tunduk, senyum, lalu berlalu.

Sebenarnya, banyak lagi nieh nak cerita. Tapi, cukuplah diari nie. Dah panjang berjela. Mana boleh cerita semua. Huhu.

Sekian!

p/s:

alhamdulillah, orang yang ditunggu-tunggu dah sampai. siap ada tugasan lagi cuti nie. time kasih kak An! Tau-tau ja mutarabbiyah Kak An nieh tak brapa nak kuat sangat bila ada kat umah yee.. [tilawah Al-Quran, sunat rawatib, mathurat, dhuha, qiyam, puasa..dan lain-lain. =] ]

tiba-tiba dapat mc dari nombor nuri. tapi, tak sempat nak jawab.sapa yang pegang hp nuri sekarang nie ye? cuba call balik, tak dapat-dapat. message pun tak delivered.ala..

mood: membilang hari..Penang menanti!

ada apa dengan sorof?

November 15, 2009 at 7:34 am | In Santai | 5 Comments

belajaq sorof

nak balek~

*sorof atau lebih dikenali sebagai Arabic Morphology ialah salah satu subjek yang wajib dipelajari oleh pelajar-pelajar jurusan Bahasa Arab di UIAM, Gombak.

*TAASL : adalah singkatan untuk salah satu program atau jurusan [pendidikan] yang ada di UIAM, Gombak. [khas untuk bakal-bakal pendidik yang akan mengajar matapelajaran Bahasa Arab]. kalau Bahasa Inggeris [TESL], kalau Bahasa Arab, [TAASL]! tapi, saya bukan TAASL! ;P

*tasrif af’al [تصريف الأفعال] – salah satu “subtopik” dalam subjek SOROF yang memang WAJB tahu. ASAS dalam SOROF.

mood: suka-suka saja. herm..

ajarkan aku tentang CINTA!

November 11, 2009 at 10:13 am | In Soal Hati | 12 Comments

do-you-like-me-no-or-no

*hehe. so kiut daa..

Ummie menelefon Akak semalam. Macam biasalah, ada cerita-cerita baru. Seronok Akak dengar satu- persatu. Tersentak tentang sesuatu. Syirah tanya Ummie sesuatu.

“Akak dah besaq. kenapa takdak sapa-sapa lagi ha Mie?”

Pastue, Ummie jawab apa?” Akak pula yang tiba-tiba tanya semalam.

Ummie jawab: “Sebab Akak tau jaga diri. Haa..Syirah pun kena pandai jaga diri jugak!” [Akak tergelak. echewah..konon pandai sangat la nieh..]

“Itulah kan Mie [Ummie], kalau Akak buat perkara yang tak elok, mesti adik-adik akan ikut jugak..” [hermmm..mengeluh!]

Ummie memutar suasana lalu. Kembali kepada dialog Syirah yang dulu. Dah besar adik Akak nie rupanya. Rupa-rupanya, dia sedang belajar. Belajar tentang sesuatu perkara dan cuba adapt dalam kehidupan seharian. Akak betul-betul tak sangka. Kalaulah Akak terbuat sesuatu yang buruk, maka… [pahamlah-pahamlah akibatnya..]

Entahlah, makin adik Akak membesar, makin merisaukan. Kalau Akak risau macam nie, Akak yakin, Ummie bertambah-tambah risau. Dunia dulu lain, dunia sekarang lain walaupun kita berada di bumi yang sama. Zaman Syirah lain, zaman Akak lain! Kalau zaman Akak dulu [zaman sekolah rendah], si lelaki tak berani meluahkan perasaan, si perempuan tak berani menerima ajakan. Sekadar menjeling-jeling dari jauh, masing-masing tak sedar saling memandang. Suka sama suka, tapi langsung tak bertegur-sapa. Cukuplah sekadar teman tapi mesra. Hanya memendam perasaan lama-lama, sampai sekarang pun belum tentu statusnya; sudahkah terluah? atau masih ditakuk lama. Perasaan makin lama makin dalam, hati dah lama menjeruk, tahu-tahu dia dah pergi dulu meninggalkan sekolah. Berani memekik namanya, tetapi hanya setelah jasad meninggalkan bayang. Jauh. Sangat jauh. [apa guna pekik? buat habis suara je. hampeh sungguh.] Itu kes pertama.

Kes yang kedua pula, tiada lafaz “sayang”! Tiada lafaz “cinta”! Lafaz “suka” itu adalah sikit-sikit. Ada yang memendam lama-lama, ada yang melafazkan terang-terang. Yang terlafaz itu, rasanya kira-kira 10% sahaja! Yang berani melafazkan itu, bukan berani dari dalam, tetapi berani setelah dicabar! Haa.. yang jenis pemendam tue memang sangat ramai. Kalau pemendam perasaan jenis sekarang, tulis nama kekasih hati pada dinding YM, pada paparan FS, atau laman fesbuk. Itu memendam secara “terbuka” namanya, lama-lama si kekasih pujaan hati ini dapat tahu juga walaupun belum sempat pun si pemendam secara terbuka ini meluahkannya. [ish..ish..ish..] Kalau dulu, mana ada fesbuk, ym atau fs. Henpon tue adalah, tapi untuk orang-orang kaya sajalah. [waktu darjah 6, Akak takdak henpon lagi. haaa..Syirah dan Iman dah pandai guna henpon.]

Kalau dah suka sangat-sangat, si lelaki yang zaman Akak dulu nie, hanya berani mengukir nama si perempuan idaman pada kulit pokok sahaja. Contohnya: U.M.A.I.R.A.H.! [haha. credit to the owner. ;) ] Si perempuan idaman ini, takkan tahu sampai ke sudah, melainkan kawan kepada si lelaki ini yang membocorkan. [khianat betul la si kawan nieh..kesiannn..] Walaupun dah tahu, mana ada nak declare-declare nie! Sungguh, tak berani! Tetap kawan macam biasa. Teman tapi mesra, sampailah sekarang. [herm..how sweet!]

Kalau tidak pada kulit pokok, cukuplah pada kertas kumal yang berhelai-helai berwarna biru itu, tetapi akhirnya bukan berada dalam simpanan si perempuan, tetapi terlonggok di dalam tong sampah hitam yang berlambak-lambak di sekolah. Tukang-tukang kebun sekolah sahaja yang terkekek-kekek ketawa di belakang stor sekolah, setelah membelek dan membacanya. [hermm..]

love

attack2

Kalau yang sekarang ini, banyak kali juga Akak geleng kepala. Banyak kali juga Akak menangis. Banyak kali juga fikiran Akak kacau, hati Akak runsing. Berkali-kali! Makin mencabar nampaknya. Lelaki makin berani meluahkan, si perempuan makin berani menerima ajakan. Dah sebijik macam orang dewasa! Malah ada yang lebih dari tahap dewasa. Macam dah nak kahwin pun ada. [ya Allah..na’udzubillah..] Akak risau sangat-sangat dengan adik-adik Akak. Macam yang Akak selalu kata, tarbiyah di rumah akan membantu, biah ataupun persekitaran belum tentu boleh membantu. Teman rapatlah yang banyak mempengaruhi tumbesaran fizikal dan rohani, selain bimbingan daripada keluarga.

Akak jenuh berfikir. Macam mana nak jadi kreatif? Macam mana Akak nak ajar adik-adik Akak tentang CINTA? Cinta tetap akan tumbuh dalam hati, itu pasti! Mana mungkin Akak dapat halang fitrah yang Allah jadikan? Jadi, caranya bukan dengan menghalang tetapi dengan mendidik atau merawat. Seusia 10, 11 atau 12 tahun dan peringkat umur seterusnya, hati akan mula bergelojak, suka membina potensi diri, suka menjelajah mengenal dunia baru, suka mencari “teman tapi mesra”, mula suka macam-macamlah! [macam mana ye Akak nak terangkan sesuai dengan peringkat umur? i’m still learning..]

Tambah-tambah dengan kecanggihan teknologi yang makin berkembang pesat. Tambah-tambah dengan perancangan Yahudi laknatullah yang makin meliar hebat. [sampai dalam gula-gula getah KHAS untuk kanak-kanak pun dah letak peransang seks!] Ya Allah..na’udzubillah. Bukan setakat “gula-gula” yang meng”AJAR” kanak-kanak tentang CINTA, tetapi mereka “ajar” lebih dari itu!

Berbalik kepada dialog Syirah tadi, Akak yakin dari situ Syirah dapat belajar sesuatu. Iman pun. Adik pun. Ammar pun. Adik-adik lain juga seluruh dunia. Bohonglah kalau diri tidak pernah terjebak dalam kejahilan yang nyata, tipulah kalau diri tidak pernah menyentuh dosa. Dik, Akak yang terlebih dahulu celik melihat dunia. Akak yang termakan garam dulu, maka sebelum adik-adik Akak merasai masinnya garam kehidupan, cukuplah memelihara diri agar sentiasa merasai manisnya erti hidup. Manisnya erti hidup jika terus melaksanakan perintah Allah! Mana yang baik, ikutlah, mana yang buruk jauhkanlah.

Jom bercinta cara ISLAM! Itulah ketenangan hakiki pada hati, pada jasad, pada diri. Walaupun nafsu terus memburu, walaupun syaitan tidak puas menipu, cukuplah dirimu yakin dan tahu, Allah ada untuk membantu. Penat melayan perasaan, penat membuang bicara nafsu yang tak sudah-sudah, penat menahan rindu, penat, penat, dan memang sangatlah penat, namun cukuplah kepenatan itu Allah kira sebagai imbalan terbaik buat dirimu. Bagi yang terus kuat, Alhamdulillah! Bagi yang masih lemah seperti diri ini, percayalah bahawa Allah kira setiap usaha itu, setiap kepenatan itu, setiap kesungguhan itu, satu-persatu tanpa tinggal walau sebesar habuk pun!  

Adik-adik Akak, moga kita sama-sama berganding bahu untuk terus memburu cinta Allah, cinta abadi! Akak takut, sebab hati manusia mudah berubah. Sama-samalah mendoakan agar kita sentiasa berada dalam jagaan Allah.. [takut diri terjebak..sangat-sangat takut diri tersasar. takut..]

Ya Allah, Engkaulah pemegang hati-hati adik-adikku. Kekalkanlah kami dalam nikmat mencintaiMu, halakanlah kami ke arah kebaikan. Jauhkanlah kami dari kemungkaran. Halakanlah kami ke arah syurgaMu. Hindarkanlah kami dari nerakaMu. Amin. Amin. Amin. [Akak takut..]

Salam sayang, Kak Umairah..

 p/s: herm.. sekali lagi! kalau zaman adik-adik kita macam nie, macam mana pula zaman anak-anak kita? tanyalah diri masing-masing bagaimana, dan apa yang telah kita lakukan untuk menepisnya? [refleksi buat diri yang masih lena dibuai mimpi].

Salam Mujahadah!

next paper: Introduction to Psychology: 13 November 2009/09.00 a.m.

Iman dan Kakak

November 8, 2009 at 5:38 am | In Tarbiah | 6 Comments

Iman memintal-mintal hujung bucu bajunya. Baju ini hadiah daripada Kakak. Iman suka sebab cantik. Pertama, cantik sebab ada manik-manik, kedua sebab ada lukisan kartun Ana Muslim terpapar jelas pada bahagian depan baju ini. Jadi, nampak comel sangat-sangat. Cumanya, kalau Iman pakai baju ini, kawan-kawan di sekolah mesti gelakkan Iman. Iman sedih. Kawan-kawan kata, Iman pakai baju Kakak sebab baju ini labuh sangat.

Iman bermuncung satu hari. Kakak pujuk Iman. Mula-mula, Kakak tanya Iman beberapa soalan.

“Iman suka tak kalau Ummie sayang?” Iman jawab, “Mestilah suka!”

“Iman suka tak kalau Walid sayang?” Iman jawab, “Mestilah suka!” Iman pelik. Iman tanya pasal lain, Kakak tanya soalan lain pula. Kakak nie memang tak faham perasaan Iman. Iman bermasam muka, macam nak merajuk dengan Kakak. Kakak macam senyum dan ada sesuatu saja, jadi Iman tetap terus menjawab. Kadang-kadang, Kakak suka buat “surprise”, jadi Iman mesti tunggu. Masih bersabar.

“Kalau Akak sayang?” Iman pun terus menjawab, “Akak.. Iman mestila suka kalau semua orang sayang Iman!” Kakak tergelak dengan jawapan Iman. Iman geram, tidak puas hati.

“Haa kan..itulah sayang.. Allah sayangkan orang yang ikut perintahNya. Allah sayangkan orang yang betul-betul menjaga auratnya. Allah sayangkan orang yang sungguh-sungguh melakukan yang terbaik dalam hidupnya. Kalau semakin susah melakukan sesuatu perintah Allah, semakin banyak ganjaran pahalanya.”

 Tapi, Iman tak faham satu pun kata-kata Kakak. Iman berdiam diri. Lama. Masih memintal-mintal bucu bajunya. Tampak sedih benar riak wajahnya.

“Iman suka kalau Allah sayang?” Iman mengangguk laju. Ekor matanya melirik ke kiri dan kanan. Masih ada keraguan yang mungkin masih bertamu di hati.

“Allah mesti sayang Iman kalau Iman berterusan tutup kepala, tutup seluruh badan dengan baju yang cantik macam Akak beli tue.. Bukan setakat sayang Iman saja, Allah akan sayangkan Akak tau juga sebab belikan Iman baju tue. Allah akan sayangkan Ummie dan Walid sebab dengan baju yang Iman pakai tue, Iman dah tutup aurat. Allah akan sayang satu family kita tau! Iman tak suka kalau kita sama-sama masuk syurga? Allah akan sayang Iman lebih daripada semua! Hermm..seronok tue! Muda-muda lagi Allah dah sayang banyak-banyak macam tue.”

Kakak meneruskan saki-baki kata-katanya. Kakak betul-betul macam Inspektor Sahab dalam cerita Kluang Man. Tahu-tahu saja Iman tak faham.

“Akak tengok Iman pakai comel sangat-sangat. Boleh Akak beli banyak-banyak nanti. Ada manik-manik macam yang Iman suka, ada kartun, ada renda-renda macam nie haa.. memang comel pun. Warna pun terang. Pink lagi! Lagilah Iman nampak comel. Hurmm.. dan yang paling penting, adik Akak nie tutup aurat macam yang Allah suruh. Terbaiklah!” Kakak mengangguk-anggukkan kepalanya. Tangan kanannya masih lincah meratahi baju baru Iman. Mata Kakak menyeluruhi wajah Iman. Kemudian, Kakak senyum lagi. Penuh berkeyakinan dengan kata-katanya.

  “Betul Iman comel?” Ada senyuman yang hinggap pada bibir mungilnya. Manis kembali.

[mood risau: andai kita tak bekerja keras dari sekarang, mungkinkah akan wujud “Iman” ini pada masa depan? Tetap bersabar menjalankan perintah Allah, walaupun majoriti kawan-kawannya yang masih tidak kenal apa itu AURAT? Macam mana kalau Iman nie tanya,

“Akak, kawan-kawan Iman boleh je tak pakai tudung, tak tutup aurat..”

“Akak, kawan-kawan Iman ramai yang tak tutup aurat. Iman nak bukak jugaklah!”

“Akak, mak kawan-kawan Iman dah besar, tapi tak tutup aurat, takpe pun! Kenapa Iman yang masih kecil wajib tutup aurat?”

“Akak..akak..akak..”

Tarbiyah di rumah akan membantu tumbesarannya, namun apabila persekitarannya tidak membantu, ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Tahu. Masa kini adalah cabaran! [geleng kepala tak henti-henti]. agaknya kita semua WAJIB baca dulu Tarbiyatul Awlad-Abdullah Nasih Ulwan ataupun belajar Islamic Psychology pengkhususan dalam Human Development. [entahlah, saya taktau sebab saya sendiri pun konpius. hermm..mungkin!]

Salam Mujahadah!

*cerita dan watak-watak dalam ini tiada kena-mengena dengan hidup atau yang mati. harap maklum.

*huh..amek mood jawab exam. haha~  =]

Syurga Dunia II

November 7, 2009 at 5:20 am | In Soal Hati | 16 Comments

*takyah baca. mengarut semuanya. harap maklum.

Jiwa kosong.

Reda. Reda kekalutan Akak malam ini setelah memandang langit gelap tanpa bintang. Cukup tenang, walau sehitam pekat itu tanpa gugusan bintang indah yang mengenyit. Hawa nafsu yang menggila juga reda. Sejak dua menjak tanpa pengisian, tanpa halaqah, tanpa kata-kata penguat jiwa daripada sahabat sefikrah, tanpa tazkiyatunnafs dari murabbiah, Akak rasa kosong. Jiwa yang kosong inilah kemudiannya terisi dengan bermacam-macam godaan syaitan yang entah apa-apa dibisiknya; akal meracau tidak menentu. Hati yang terisi dengan senipis-nipis iman ini pun adakalanya lesu. Jenuh bermuhasabah, meratap dosa-dosa, meminta diteguhkan sang yakin yang kadangkala goyah di tengah jalan. Dia Maha Mengetahui jatuh dan bangun diri, kuat dan lemahnya jasad. Dia Maha Mengetahui! Dia Maha Mengetahui! Puas merayu dalam sujud, puas dipinta sedikit kekuatan, puas diharap sedikit keteguhan agar tenang gelora jiwa, agar mampu iman yang sedikit ini menangkis segala bisikan sia-sia. Ahhhhh.. [sungguh berat ujian ini. sungguh dalam keluhan ini.]

Buku-buku pengisian rohani tidak terusik. Santapan rohani yang biasanya menjadi makan hati malam-malam lalu kini sunyi. Sepi. Masing-masing mentelaah. Sibuk study. Ujian hati. Ujian buat diri. Cukuplah, asalkan jangan Kau tinggalkan aku sendiri. Aku pasti merana, Ya Allah..Pasti!  

Sedikit kuat setelah mendapat kata perangsang Zainab al-Ghazali al-Jubaili. Biarpun kata-katanya ditujukan buat syaitan bertopengkan manusia yang kejam, namun seolah-olah kata-kata itu ditujukan buat diri. Terngiang-ngiang. Masih. Maknanya dalam. Perlahan-lahan, merisik sang hati agar kembali pada penciptaNya.

“Sesungguhnya dengan nama Allah, aku menyeru kamu, supaya kamu meninggalkan jahiliah kamu, memperbaharui ISLAM kamu, mengucap dua kalimah syahadah, menyerahkan diri kepada Allah, dan bertaubat kepada Allah daripada segala kezaliman yang telah kamu lakukan. Kezaliman itu telah menutupi hati kamu dan itulah yang menghalang kamu dari segala kebaikan. Semoga dengan demikian, Allah mengeluarkan kamu dari penjara jahiliah kepada cahaya ISLAM..”

[Hari-Hari Dalam Hidupku: Zainab AL-Ghazali al-Jubaili]

Air mata yang kering kerana hati yang kotor, kini boleh dirasakan rembesannya kembali. Syukurlah, hati masih bernyawa. Masih mampu merasai getaran dosa-dosa, hahhhhh kotornya hati! Jijik! Busuk! Akak benci! Sangat-sangat benci.

Rindu makin galak. 

Dalam sehari, dua tiga kali Akak telefon Adik. Adik pun sama. Bukannya ada cerita sangat pun. Banyak gelak. Bertukar cerita yang sama. Topik yang sama. [hanya kita yang mengetahui.ehem..biarlah rahsia.] Sama-sama sibuk membilang hari. Kalau boleh, tiap-tiap hari nak cakap dengan Ummie. Bukannya ada hal penting sangat pun, tangan ini yang saja gatal mendail [macam banyak kredit. takpa, ummie tepon balik nanti.] Adik pun tengah exam. Akak lima subjek lagi tau! Orang dah start dan merasai bahang exam, tetapi Akak yang tak start-start lagi. Masih goyang kaki sambil minum Coco Malt, dan makan Twiggies pagi-pagi. Masih goyang kaki sambil makan Nasi Goreng Cili Padi dengan telur mata petang-petang.  [dah naik harga tau sekarang! RM3.60 dah naik RM4.30. huhu..sedih. takleh la makan lagi nanti.] Masih goyang kaki sambil menghirup kopi Radix menjelangnya waktu tengahari [sebab mengantuk sangat].  Tanggal 8 November, bermulalah perjuangan Akak. [dah hampir seminggu tau goyang kaki macam nie. bajet cam banyak hari bleh studyla.tipu semuanya~]

Belum pun start exam, Akak dah mula kecoh. Sibuk menjaja sana sini bahawa Akak akan balik rumah dalam lingkungan 16 atau 17 haribulan November kalau tiada aral melintang. [itulah..serba salah dengan mukhayyam dakhili sebenarnya nieh.] Pakteh mesti tak sabar-sabar dah tunggu Akak balik tu, nak tayang blog dia yang super duper lawa. [hehe..kan pakteh kan? ala, tenet slow la pakteh. takleh view blog pakteh..hurmm..] Syirah pulak, awal-awal lagi dah sibuk memesan novel remaja.

Akak dengan Syirah

“Akak mesti beli yang A.M tau! Beli kat Kinokuniya. Tau ka A.M tue apa?”

Yalah..yalah..taulaa..Ain Maisarah!” [tak abes-abes dengan pengarang kesayangan dia. Ain Maisarah. tengoklaa, kalau banyak duit akak belila..]  

“Syirah ada rahsia nie. Tapi, takpala.. nantilah Syirah cerita.” [haiyoo..rahsia apa plak dah? buat akak saspen saja.]

Perbualan ini berlaku semalam, 05 November 2009.

Akak dengan Iman

“Iman tak rindu akak ka? lama Akak tak cakap dengan Iman.” [manja-manja sikit dengan Iman.]

dak.” [dengan selamba, Iman menjawab menggunakan suaranya yang serak basah itu. hampeh sungguh!]

alalalala…sajalah tue. rindu Akak kan? takpa-takpa, Akak dah nak balik dah.”

“bila akak balik? lambat lagi kan?”

“16-17 camtuelah..Akak balik sama dengan Kak Ukasyah laaa..”

“ooooo..” [takdak perasaan sungguh.]

Akak dengan Ummie

Banyak cerita. Mengadu macam-macam. Namun, tidaklah sehebat aduan-aduan ‘Ammar yang tiada siapa pun boleh menandinginya. Tetap juara sampai bila-bila. [ngehx3..] Ummie kata rumah dah makin bersepah. Ummie sibuk periksa kertas-kertas exam murid-muridnya. Rumah tunggu Akak. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat. [eh dak! sebab Adik balik dulu. Adik, pastikan rumah dah kemas bila Akak balik nanti ok!]

*menulis ketika masih bertelekung. Usai Maghrib. dah masuk Isyak..doakan Akak tau! Tau! Tau! Tau! Jangan lupa tau!

  • BAHASA MELAYU LANJUTAN [08 NOVEMBER 2009] [9.00 a.m]
  • ARABIC SYNTAX I [10 NOVEMBER 2009] [03.00 p.m]
  • INTRODUCTION TO PSYCHOLOGY [13 NOVEMBER 2009] [09.00 a,m]
  • AL-MADKHAL ILA AL-FIQH [14 NOVEMBER 2009] [03.00 p.m]
  • ARABIC MORPHOLOGY I [15 NOVEMBER 2009] [03.00 p.m]
  • Ar-Rehlah Ila KINOKUNIYA [15 NOVEMBER 2009] [nak tanya instrakter dulu-cik farah atau cik intan. =] ]

 

  • 06 November 2009
  • Maghrib!

musafir

October 26, 2009 at 4:04 pm | In Puisi | 12 Comments

langkah tersadung,longlai..

pencarian seakan terhenti,

musim berganti musim,

kesaksian terus berulang,

mencari sebutir jawapan,

makna cinta dan kasih,

makna sayang pada Sang Kekasih..

 

aku mencariMu,

pada sapaan salam-salam pagi hari,

pada zikir alam yang penuh seni,

pada rantaian nawafil,

pada kekhusyukan ruku’ dan sujud..

pada kepasrahan menempuh ujian,

pada kesyukuran menghitung nikmat,

pada lelah lalu aku bangkit, berdiri!

pada kecewa, lalu aku tersenyum mudah!

pada putus harap, pantas diteguhkan yakin!

pada marah dan benci, didahulukan sayang!

pada dengki ditabur rasa percaya,

pada dosa-dosa, segera mencium taubat,

 

panjang jalan ini..

sungguh panjang!

kuatkanlah kaki ini agar terus melangkah..

pasakkanlah pada hati ini, teguh dan yakin!

walau tangisku diketawakan syaitan,

walau imanku terus digugah nafsu..

  • pemilikumar/09
  • 26oktober2009

jauh

October 26, 2009 at 12:05 pm | In Puisi | Leave a Comment
 

jauh sekali, jauh!

pada wajah siapa aku membayangkan,

pada figura mana aku meletakkan,

pada bayangan apa aku mentafsirkan,

kau tetap terus menyahut dari jauh,

menyentap segala rasa,

menarik nikmat lena,

masih jua meniup kata-kata,

walau masa hakikatnya membeku,

walau kita sebenarnya seiring membisu.

 

  • 12.01 p.m
  • 26oktober2009
  • mahallah sumaiyyah
  • pemilikumar09

 

Next Page »

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.