menjejak langit, menggapai awan biru!
June 21, 2009 at 3:45 pm | In Motivasi | Leave a CommentTags: hijrah, kekuatan azam, kekuatan iman, kelemahan azam, kelemahan nafsu, Motivasi, perjalanan hijrah, perubahan diri, transformasi
Ramai yang cakap itu kerja gila. Konon dia tidak optimistik. Hijrah yang kononnya langsung tiada anjakan paradigma. Dia masih di titik itu. Tiada perubahan. Sama sahaja, dari dulu sampai sekarang. Kadang-kadang hati juga ada pesimisnya. Suuzzhon kadangkala sudah sebati dengan diri. Ada wajarnya mereka berkata-kata sedemikian. Kerana dia tetap juga ditakuk lama.
Oh, hijrah! Hijrah! Perjalanan hijrah memang panjang. Proses transformasi yang menuntut waktu dan pengorbanan. Kesabaran, usah dikira. Keazaman usah dikata. Wajib dalam proses hijrah. Dia berkira-kira, ya! Sudah tentu, ya! Memang dia masih di tahap itu. Kadangkala, dia gelojoh. Kadangkala dia terlampau ingin cepat menuju ke tahap tertinggi tanpa melalui tahap demi tahap. Ingin jadi orang sehebat itu dan ini, namun masih kaku tanpa perancangan sewajarnya. Kadangkala belum menjejak tapak, kecewa dan putus asa kadangkala mendahului. Oh, pengecut sekali! Tidak berani menjejak impi, membina angan-angan!

Thaha mengingatkan. Surah yang menggetarkan naluri kegagahan ‘Umar. Egonya cair, hatinya lembut. Surah yang membisikkan keagungan Pencipta. Terselit di situ kisah Adam dan Hawa sebagai pengajaran. Peringatan buat yang alpa. ‘Ibroh kepada mereka yang ingin berhijrah. Keazaman itu luar biasa, kata Dia; Tuhan kita yang Esa. Keazaman yang teguh, mampu meneguhkan sesiapa jua di jalan tarbiyah, jalan hijrah dan jalan kebaikan. Ketiadaan azam menyebabkan Adam tergoda dengan kata-kata iblis laknatullah. Kelemahan azam menyebabkan Adam mendahulukan keinginan nafsu. Terpulang pada sesiapa yang mahu percaya, atau berpaling, yang pasti hati dia terus berkata-kata, maka pada dia, sememangnya dia wajib percaya janji Tuhan. Janji Allah itu sememangnya benar. Al-Quran itu benar.
“Dan sungguh telah Kami Pesankan kepada Adam dahulu, tetapi dia lupa, dan Kami tidak dapati padanya keazaman yang kuat.” Thaha: 115
Oh, suka ayat ini. Kekuatan azam, mampu menghala diri ke arah kebaikan. Jalan yang tidak diisi dengan kebaikan, pasti akan diisi dengan kejahatan. Jika diri tidak disibukkan dengan kebaikan, kejahatanlah akan mendahului. Bukankah ini kata-kata khalifah ‘Ali Karomallahhuwajhah? Fikir-fikirkanlah wahai diri.
Wallahhua’lam. (Allah Maha Mengetahui)

No Comments Yet »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.


