for one more day!
July 8, 2009 at 12:21 am | In Soal Hati | 4 Comments

For One More Day by Mitch Albom
Beribu-ribu. Walid mencongak. RM 10, 000 selama 4 tahun, bersamaan 8 semester di Gombak. RM 10,000 hanya semata-mata untuk yuran pengajian. Duit makan belum dihitung. PTPTN meluluskan jumlah wang yang sangat-sangat kecil. Tetap bersyukur, ada hikmahnya. Pasti. Hanya orang yang bertawakal kepada Allah akan berasa cukup dengan segalanya.
“Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Allah akan mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(At-Talaq: 3)
Saya ralit menonton petang tadi. “For One More Day” tajuk filem tersebut. Saya suka ayat-ayat yang digunakan dalam skrip. Mungkin filem ini adalah adaptasi daripada novel falsafah, karya Mitch Albom, maka terhasillah filem yang sangat menarik. Berkisar tentang pengorbanan seorang ibu yang terlalu menjaga hati anaknya, dan kedegilan seorang anak yang sungguh melampau bagi saya. Namun, kedegilannya banyak dipengaruhi faktor-faktor persekitaran, dan cara dia dibesarkan. Cerita yang banyak menggunakan unsur flashback, tetapi mudah difahami walaupun telah lewat setengah jam menontonnya. Saya tidak pasti status filem-filem di Malaysia. Saya bukan penggemar filem, saya selalu ‘ditakdirkan’ untuk menonton, tetapi jarang sekali ‘bersedia’ untuk menonton. Secara tiba-tiba, saya akan terpacak depan televisyen, tanpa dirancang. Kalau menarik, saya tonton. Kalau tidak, saya tidak mampu bertahan lama. Itulah saya. Cuma, ada sesetengah filem-filem di Malaysia yang menarik perhatian. Mungkin banyak filem yang melampirkan skrip-skrip berfalsafah, cuma saya yang tidak peka. Paling terkesan di hati, filem “Idola” arahan Aziz M. Osman. Saya suka dengan ayat-ayat bersahaja, tetapi penuh makna. Filem Hindustan, mungkin “Black” tajuknya lakonan Amitabh Baachan dan Rani Mukherjee. Kisah seorang guru yang tekad mengajar seorang budak perempuan yang cacat penglihatan, pendengaran dan percakapan. Bisu, pekak, buta. Sangat menyentuh emosi. Banyak pengajaran digarap melalui cerita ini.

“Anak-anak selalu merasakan mereka adalah beban bagi ibu bapa, tetapi mereka lupa bahawa pada ibu bapa, mereka adalah doa yang termakbul.”- [ For One More Day ]
Menarik. Kata-kata ini langsung terlekat di kotak fikiran. Saya memetik kata-kata ibu kepada Charles dalam For One More Day. Sungguh menyentuh hati. Setelah 3 tahun menanti, akhirnya Charles disahkan berada di dalam kandungannya. Berkali-kali si ibu berdoa, akhirnya termakbul juga. Inilah yang dinamakan “doa yang termakbul”. Anugerah.
“Ya Allah, izinkan kami untuk menjadi penyejuk hati Ummi dan Walid. Tidak berpisah di bumi tetapi bertemu di syurga. Berikan kesempatan kepada kami untuk berbakti sepenuhnya. Amin.”
“Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”
(Surah al-Israk ayat 23-24).
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”
(Al-Ahqaf : 15).
kata-kata lain yang menarik perhatian :
“kembali kepada sesuatu lebih susah daripada yang dijangka”
“no sympathy for the loosers”
p/s: herm, suka dengan philosophical movie camnie. banyak info. banyak mengajar. “hiburan tiada salahnya, kerana hiburan itu indah. hanya apabila salah memlihnya membuat kita jadi bersalah.”
info [for one more day] : klik wikipedia

4 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.



Salam ziarah..sering mengunjungi blog saudari,terasa dekat segala yang ditulis. Rupa2nya kita di atas landasan yang sama, nahnu ansorullah..pencari cinta Ilahi. Salam ukhwah.
Comment by mawaddahaisya — July 9, 2009 #
sgt rindukan nasihat dan bebelan kamu..
jauh dimata,dhati jangan!
Comment by shbtduniakhirat — July 12, 2009 #
salam hijrah…
maaf mencoret disini…
apa pendapat penulis berkenaan menonton filem ataupun video2 barat yang tiada langsung unsur ketuhanan (uluhiyyah)… adakah tidak termasuk dalam perkara lagho, menonton dengan alasan memahami budaya mereka dan mendapat natijah duniawi…?? kerana setiap yg kita lakukan mesti mendorong kita mengingati ALLAH dan itu adalah amalan yang mendapat ganjatran pahala.adakah dengan menonton filem seperti ini dapat mengingatkan kita kepada RABB…??
“dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang..”
Comment by pengunjung — July 27, 2009 #
salam’alayk.
terima kasih bebanyak atas komen tue. erm, trselit sedikit nasihat buat sy. terima ksh byk2 ye. sy terima dgn hati yg sgt trbuka. ;)
erm, ye sy akui, kebanyakan filem atau video2 barat tiada unsur ketuhanan. sbb kbykn mereka prcaya akan kewujudan Tuhan, cuma kbyknnya menyimpang dr arah tuju hidup yg sbnrnya. mrk pisahkan AGAMA dari kehidupan. sbb tue kbykn movie tiada unsur ketuhanan. cuma, yg sy perasan dgn kbykn filem barat, kalau dikaji filem2 yg baik, ada unsur2 morality. kadang-kadang,maaf utk sy katakan, morality mereka dlm filem trnyata lbh baik dr filem dlm negara. maaf, sy bukan tidak mnyokong industri filem negara, cuma tuelah hkikatnya.
kalau saudari mksudkan filem2 brt tiada unsur ketuhanan, sy percaya pstinya rumah saudari takde tv. pastinya saudari tak tgk tv lngsung d rumah.herm, sbbnya yg sy tgk skang, filem2 di m’sia sndiri ada unsur2 barat, kdg2 sbahagiaannya takda unsur ketuhanan. sbhgian filem2nya menyerupai filem2 brt walau tak spenuhnya. ada jugak terselit adegan2 yg brtentangan dgn adat ketimuran.
cuma klu takde TV, tak tahu plak prkembangan di luar. adik-adik kat rumah, even takde TV, sy prcaya berita2 dan cerita2 dr barat atau dlm m’sia sndiri bleh diketahui mrk dgn adanya pngaruh rkn di sekolah.
drpd menyekat atau mencegah, pd sy lbh baik menapis. skurang2nya, kita ajar dri sndiri, utk pilih mn baik mn buruk. erm, apapun terpulanglah..stiap org ada crnya msg2. kan? cuma, sy fikir, jgn trlalu cepat mnghukum ssuatu, kran boleh jd orang yang dihukum, kdg2 lbh baik dr yg menghukum sbb kita hnya nmpk zahir, Allah yg nmpk apa yg trlintas di hati.
sy jugak slalu dan cepat mnghukum. tp, fikir2 blk, kita tak thu bla mnusia ingat Allah, bla hti tringat akan kbaikan..kdg2, nmpk zahir dan pd kelakukan, dia mcm nie, mcm tue, tak baik pd pndgn kita, tp kita tak tahu sjauh mana TAUBAT dan ISTIGHFARnya mendahului prbuatan2 jhtnya. skdr menasihati dri sndiri.. :)
apapun, tkasih ye. sy sgt menghormati pndirian saudari.
wassalam.
Comment by eslamicqueen — August 2, 2009 #