hitam putih hidup
July 14, 2009 at 3:51 pm | In Soal Hati | Leave a Comment
Saya jadi gopoh-gapah.
Banyak urusan tidak beres sepenuhnya. Akal tidak mampu berfikir dengan baik. Hati mudah berprasangka. Pesimis menjadi-jadi. Hubungan sesama manusia hambar. Malas beribadah. Tidak rajin membaca. Ya, saya mengalaminya. Hati saya langsung tiada tenangnya. Saya duduk, terdiam. Mengoreksi cacat cela pada diri. Saya sangat yakin pada mukjizat Al-Quran, maka saya baca ayatnya satu persatu. Saya cuba menghayati makna bacaan dalam solat. Telekung saya basah. Akhirnya, saya akur pada satu kuasa agung. Rebah dalam sujud. Saya tersedu-sedan. Doa saya tidak lancar. Tersekat-sekat.
Saya terlalai seketika. Maka, itulah petandanya. Saya tidak mampu membezakan baik dan buruk. Pandangan gelap. Tidak lain tidak bukan, kerana soal ibadah tidak beres. Akhlak yang mulia hasil dari ibadah yang dilakukan.
“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari berbuat perkara jahat dan kemungkaran.” (Al-Ankabut: 45)
Solat tidak menyekat saya dari kemungkaran. Maka, adalah silapnya di situ. Rajin beribadah, mulialah akhlak. Mulia akhlak, maka inilah tanda keimanan seseorang kerana ibadah adalah salah satu daripada cabang-cabang iman.
“Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu adalah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.” (Hadis riwayat Al-Dailami)
“Sesiapa yang sembahyang tetapi tidak dapat mencegah dirinya dari berbuat keji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah.” (Hadith riwayat Thabrani)
Saya sama sekali tidak mahu jauh dari Allah. :(

No Comments Yet »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.


