Penjara Kasih

October 14, 2009 at 12:59 pm | In Soal Hati | Leave a Comment

  •  Penjara Kasih Ilahi

Prolog Hidup Seorang Penjelajah Dunia

Jika yang dicari, adalah pakaian yang berjenis-jenis dan cantik, jika yang dinilai adalah wajah ayu sang puteri kayangan, jika yang diharap adalah cincin, gelang, emas dan permata, jika yang dikejar adalah jawatan dan pangkat di dunia, jika yang sering dibicarakan adalah gosip-gosip panas, set kosmetik, dan seni masakan, jika yang dirindu adalah kekasih pujaan hati, jika yang selalu ditatap adalah media hiburan berserta novel-novel cinta karut, jika yang kerap dilantun adalah lagu-lagu ciptaan manusia, maka akan tersingkaplah segenap keindahan sementara pada selang-selang usia, pada jarak-jarak masa.

Monolog Hati Seorang Penjelajah Dunia

Ada masa, hati ini terlalu benar memuja keindahannya. Ada ketika, hati ini akan sengsara menanggung kecantikannya. Ya Allah, hati ini adakala mudah benar melekat pada dunia ciptaanMu. Ingin sekali aku mengurung hati, biar jasad ini terpenjara, biar mata ini buta asalkan diri tetap dan masih terpelihara. Yang kudamba rahmat kasihMu, memimpin jalan ke Syurga. Mati dalam iman, bertemuMu dalam taqwa!

Epilog Hidup Seorang Penjelajah Dunia

Yang aku harap, hanyalah kasih tulus dari Kekasih sejati. Kasih yang mengheret aku ke lembah ujian dan dugaan sebagai penebus dosa-dosa, kasih yang memenjarakan diriku dari pesona dunia melalui tarbiyah, kasih yang menghijab daku dari segala macam kemungkaran, kasih yang meniup semangat pada akal, hati dan jasad untuk tetap teguh pada majlis-majlis ilmu, kasih yang ditiup pada jiwa-jiwa ansorullah untuk terus setia menyayangiku sebagai saudara seakidah, membimbingku tanpa jemu, dan membawaku ke jalan keredhaanMu. Biarlah diri ini terpenjara, kerana kumeyakini bahawa DUNIA ini sememangnya PENJARA bagi mukmin, dan SYURGA bagi mereka yang kafir.

“Kurunglah kami dalam “penjara”Mu,

maka kami akan sentiasa tersedar tentang HAKIKAT DUNIA,

mengenali HAKIKAT DUNIA, akan bertambah-tambahlah cinta kami pada MATI dalam  IMAN dan TAQWA.

mengenali HAKIKAT DUNIA, akan bercambah-cambahlah rindu kami pada KASIHMu yang tiada tara.”

No Comments Yet »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.