kembara sang hati
October 16, 2009 at 9:56 am | In Soal Hati | 2 Comments
Bagaimanakah setitis air mata boleh meluncur laju, tanpa ada yang memaksanya? Bagaimana hati ini boleh terasa, tanpa ada yang menyentuhnya? Bagaimana boleh menjiwai apa itu cinta, tanpa ada penyumbangnya? Bagaimana boleh menghayati makna rindu, tanpa ada penyebabnya?
Cinta ini membuatkan aku kelu. Bahasa lidah dan bahasa hati kini bersatu. Air mata yang berbahasa, melontarkan segala isi hati. Senyuman yang berkata-kata, menjiwai perasaan saat ini. Ada cinta, ada kasih, ada sayang, ada rindu. Ada seruan yang bertalu-talu menyeru, “aku rindu pada taujihmu yang memberikan aku spirit untuk terus bangkit. aku rindu pada semangatmu, yang segera menghapus segala lelahku, aku rindu pada kekuatanmu yang tanpa ragu berkorban apa saja untuk kekasihmu, aku rindu pada segala yang ada pada dirimu yang membuatkan aku ingin terus mengenali Pemilik Cinta Agung Tertinggi itu..”
“Dialah yang memperkuatmu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin, dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walau kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal: 62-63)
Unik. Cinta kita milik Allah. Maha Agung Dia yang menautkan hati-hati kita untuk terus bersatu. Maha Agung Dia yang meniupkan cintaNya dalam hatimu, untuk mencintaiku. Maha Agung Dia yang menyuburkan cintaNya dalam hatiku, untuk tetap mencintaimu. Apabila kita mencintai Allah, maka Allah akan mencintai kita. CintaNya akan menanungi seluruh bumi, hingga melimpah-limpah. Limpahan kasihNya itu seterusnya tumbuh subur pada hati-hati kita. Maka, wajarlah jika ada cinta, ada sayang, ada rindu antara kita. Berusahalah menjaganya dengan iman. Iman sahajalah baja kepada kesuburannya agar tetap tumbuh dan membesar. Imanlah yang membuahkan cinta ini kepada mukminin. Jika hilang iman, hilanglah cinta kita. Jika iman lemah, maka lemahlah ikatan ukhwah kita. Namun, andai tetap kuat, maka kekallah cinta kita. Subhanallah, uniknya ikatan berlandaskan iman ini!
Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika hilang agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.
status kembara dua minggu lalu:
kembali mencari hati yang “hilang”..
status kembara minggu ini:
kutemu hati yang “hilang” pada hati-hati akhowat. oh, rupanya hatiku telah melekat pada hati-hati mereka! patutla hilang, tak jumpa-jumpa. ;P
status tambahan:

p/s: eh, tak2..rasanya, banyak lagie nieh. pinjam jap tangan sape2.huh, tamaknyaa! :)
walaupun dah jumpa akhowat kat daurah, halaqoh dan lain-lain pun ada rindu lagi. jumpa sahabat-sahabat setiap hari dalam kelas pun rindu lagi. herm, tambah-tambahlah sahabat-sahabat yang JARANG jumpa tue.ala, yang bakal-bakal ustazah tue a.k.a bebudak TAASL. bila agaknye nak TIBA-TIBA terjumpa ye? haishh.. ibu-ibu sekalian, kapan agaknya bisa ketemu ya? [kerut dahi].
2 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.



kami2! [sambil angkat tangan tinggi2]
hehe
nikmat rindu itu telah hadir~
^_^
Comment by ustaazaah TASL — October 16, 2009 #
asalamualaikom….
dah lame tak bace…..
tapi bukak2 tajuk nh yang wat menarik hati sye..huhu
alhamdulillah ALLAH pilih sye untuk bace bahan ilmu awak biar sye sedar ALLAH sayangkan saye….
baru luas mate nh teringatkan kawan2 yang sentiase ade “bersebelahan” tapi tak dihiraukan….
terima kasih yew asbab bace nh bukak hati saya…
syukranjazila….huhuh
Comment by abu bakar naim jamil — October 19, 2009 #