syurga dunia

October 20, 2009 at 12:09 am | In Dedikasi, Motivasi | 14 Comments

[tak penting untuk ditatap atau dibaca. tinggalkanlah segera. harap maklum].  

“Uniknya CINTA kita, TIDAK JEMU,

Anehnya KASIH kita, KERAP RINDU..”

Satu hari, Akak chatting dengan Iman. Bukan Iman yang tegur Akak, tetapi Akak yang terlebih dahulu mendahulukan salam. Nampak sangat Akak saja yang rindu Iman, bukan Iman yang rindu Akak. Insyirah pun selalu saja macam tue. Adik pun kadang-kadang macam tue jugak. ‘Ammar pula, Akak tak selalu terserempak dengan ID ‘Ammar dekat dinding YM. Sekali-sekala saja. Itupun kalau cuti sekolah. Maksudnya, ‘Ammar ada di rumah la tue.

Kalau ‘Ammar ada di rumah, faham-faham sajalah karenahnya. Kalau dia kata A, A lah, kalau dia kata B, B lah. Kalau dia kata B, orang lain kata C, mulalah membebel panjang. Walaupun kadang-kadang mulutnya lebih laju daripada bebelan mulut Akak, dan sungguh merimaskan hati, tetapi bebelan itulah yang membuatkan Akak teringat saja dari jauh. Haha. Itulah salah satu perkara di rumah yang membuatkan Akak selalu saja rindu dan teringat rumah; BEBELAN ‘AMMAR. Walaupun selalu membebel dan asyik nak menang saja, namun paling Akak suka pasal ‘Ammar, dia mudah dengar kata. Dia akan diam kalau nasihat Walid, Ummie, Kakak, atau Kak Ukasyah dirasakannya betul. Dia akan diam sahaja, tanpa keluar perkataan sepatah pun. Itu tandanya dia mendengar. Respon positif. Kalau terbuat salah pun dia akan diam. Waktu itu, mulalah Akak dan Kak Ukasyah akan mengusiknya tanpa henti. Dia tetap akan diam, dan tersenyum saja. Tetapi diamnya hanya kerana satu sebab; dia memang salah! ‘Ammar suka bercerita. Ini fe’el yang paling Akak suka. Lega. Sekurang-kurangnya Akak tahu perkembangan ‘Ammar. Ummielah yang paling banyak mendengar. Walid paling banyak mengangguk dan menggeleng.  ‘Ammar suka mengadu. ‘Ammar suka mengeluh. Bab mengeluh nie paling Akak tak berapa suka. Walaupun kadangkala Akak pun mengeluh juga, tetapi taklah sebanyak ‘Ammar mengeluhnya. Macam orang tak bersyukur. Jangan..jangan! Apapun, Akak tunggu ‘Ammar jadi “IMAM” Akak pada masa depan. Amin. [kalau ‘Ammar baca nie, jangan marah akak tau!]

Berbalik pada soal Iman tadi, awal juga Iman online hari tue. Lagi setengah jam pukul 8 malam.

myrah_2005 :“aii..awalnya on9. dah semayang ka?”

iman_shafei: “dahla..cuma tak ngaji..”

myrah_2005: “la…kenapa tak ngaji?”

iman_shafei: “malas..”

myrah_2005: “isk3..dah lama ka tinggai ngaji nie?”

iman_shafei: “dak..semalam dah ngaji..”

myrah_2005: “tak blehla camtue..kena ngaji tiap2 hari woo..sehari 1 muka pun cukupla. kalau tak larat sangat, setengah muka pun jadilaa..”

Iman diam. Dia kemudiannya tukar topik. Akak pun tak pasti reaksi Iman macam mana. Harap-harapnya positif. Bukan apa, nanti kalau kakak sulung Iman nie, tiba-tiba pergi dahulu, sekurang-kurangnya Akak telah mewasiatkan sesuatu. Akak sangat berharap Iman dan Syirah akan selalu ingat. Malah dipraktikannya tiap-tiap hari. Amal Akak pun boleh bercambah juga. Ermm..Akak nak Allah sayang. Bukan Allah sayang Akak saja, tetapi sayang satu keluarga kita. Sayang orang yang Akak sayang. Sayang semuanya. Kalau dah Allah sayang, kita boleh sama-sama berkumpul lagi. Kat Syurga tau! Indahnya bukan main. Best tue! Gila-gila best! Ya Allah, seronoknya!!!! Harap sangat-sangat.

Hal lain yang paling seronok kalau di rumah; SHOPPING sama-sama. Ini satu hal lagi yang Akak akan selalu rindu. Akak yakin, Adik pun sama. ‘Ammar pun sama. [Syirah geleng kepala sambil berkata; mana ada!] Syirah jangan nak berlagak pula, cakap dia tak sama. Akak tau, Syirah pun suka kalau kita shopping sama-sama. Kan? Kan? Yalah, mana taknya, kalau akak tiba-tiba ubah fikiran takmau ikut sekali, Syirah mesti cuba-cuba pujuk. “Akak..jomla..”. Iman pun sama. Siap sediakan perkhidmatan iron baju lagi. Hehe.

“Ok..ok..akak pi. Dengan syarat! Iman iron baju Akak.Ok?”

“Ok!” Dia rela hati. Seronok saja. Tersenyum. Tapi, kalau waktu Iman malas-malas sikit, Akak tak ikut sekali pun, Iman dah tak kisah. Hampeh! [baru ingat nak buat taktik takmau pi, kot-kot Iman nak tolong iron baju. hehe. terpaksala iron baju sendiri.]

Iman sekali-sekala merajuk la jugak kalau Ummie tak belikan dia apa-apa. Iman boros sikit. Tetapi, Syirah suka berjimat. Sangat cermat! Pandai simpan duit. [sebijik macam Walid. serius, tak tipu!] Akak tak kisah Syirah suka berjimat. Masalahnya, satu saja. Hanya satu. Ermm..Akak teringat perjalanan kita dari Langkawi ke Penang, sewaktu Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Beriya-iya semuanya nak beli coklat untuk diri masing-masing. Akak pun termasuklah salah seorang daripadanya. [paling beriya kot]. Akak, Kak Ukasyah, ‘Ammar dan Iman pilih coklat yang mahal-mahal. Bagi kami, dah cukup mahal la. Tapi, bagi orang lain, tak cukup mahal lagi kot. Syirah saja yang beli coklat murah. Paling murah! Haiyoo..Akak tak kisah. Kak Ukasyah, Iman, Ammar pun tak kisah. Ummie dan Walid pun tak kisah. Cuma, kami tergelak dalam kereta beramai-ramai. [kak ukasyah paling suka mengusik!] Jahat kan? Syirah tersengih saja sendiri. Dia baik. Sangat baik. Jarang merajuk, senang diusik. Kalau diusik, tersenyum saja. Kalau sering sangat diusik, sekali-sekala merajuk la jugak. [dulu-dulu, menyorok belakang sofa tue, standard la. tapi sekarang nie, duduk diam-diam dalam bilik ataupun pekup muka dengan bantal]. Tapi tak lama macam Iman. [sebab Akak akan kacau dan buat sampai Syirah tersenyum atau tergelak.] Akak suka. “bagus..bagus..”

Beberapa hari selepas beraya di Langkawi [rumah tok yang ada air asam best tue], dan setelah beberapa hari berada di Penang [rumah sendiri yang paling damai & tenang tue], mulalah masing-masing membelek, mengunyah coklat masing-masing. Haisy..amat-amat kasihan. Coklat yang Syirah beli tak sedap langsung. Walaupun banyak dan murah, tetapi kurang sedap. Maka, terbiarlah dalam peti ais untuk beberapa hari. Mulalah ada mulut-mulut yang mengusik sakan. Syirah nampak sedih saja. Kami kasihan la jugak. Sekali-sekala, Syirah terpaksa buat muka tak malu, meminta-minta sedikit. Alahai..kasihan! [ tulaa..sapa suwuh jimat sangat? adalah mulut-mulut yang jahat mengusik lagi]. Oleh sebab kasihan yang amat sangat, justeru tiadalah sampai hati untuk tidak memberi, maka masing-masing pun menghulurkan sedikit. Iman paling pemurah. Sayang betul dengan akak dia yang sorang nie, walaupun kerap sangat bertengkar [tiap-tiap hari; pagi, petang dan malam.] Macam anjing dengan kucing. Yang peliknya, budak dua orang ini adakalanya macam belangkas, atau macam isi dengan kuku! Sangat rapat. Kalau hilang salah seorang, gelisah tak menentu. Hidup haru-biru. Tapi, tidaklah sampai makan tak lalu! Sendawa juga Syirah lepas meratah ikan goreng. [syirah suka makan ikan. kak ukasyah pun sama. ‘ammar sedang-sedang. iman dan akak kalau takdak ikan goreng pun takpa. kami tak kisah sangat].

Bab shopping nie pun, kena hati-hati jugak. Paling berjaga-jaga dengan barang yang kita beli. Akak belajar daripada sahabat-sahabat Akak. Sahabat yang Akak sayang, sahabat yang selalu betulkan kalau Akak tersalah. Sahabat yang menegur dengan hikmah, sahabat yang bersama Akak susah dan senang. Sahabat-sahabat Akak banyak membantu Akak dalam bab yang satu nie; BOIKOT, HALAL dan HARAM. Maka, Akak pun sangat suka praktikkan kat rumah. Nampak simple, tapi sebenarnya semua ini complicated tambah-tambah kalau bab makanan. Sebab berkaitan dengan KEBERKATAN HIDUP. Maaflah, kalau Akak selalu tegur yang ini tak boleh, yang itu tak boleh. Tapi, ini semua untuk kebaikan kita bersama. Biar ada KEBERKATAN dalam hidup. Barulah hidup kita tenang. Makanan yang ada dalam perut kita akan terjaga. Makanan yang kita makan tuelah jugak akan jadi darah daging kita. Makanan nie mempengaruhi akhlak tau! Makanan jugak yang menentukan doa kita termakbul atau tidak. Akak takut adik-adik Akak tak terjaga kat luar. Kadangkala Akak pun tak kuat, namun mujurlah adanya sahabat-sahabat Akak [intan, dhiah, k.kamila, nuri dan lain-lain] di sekeliling yang sangat-sangat menjaga bab ini, maka Akak pun terikut-ikut sekali. Mula jadi anti dengan barangan Israel. Alhamdulillah. NESTLE: aiskrim [amik yang bukan NESTLE], MILO [akak minum RADIX atau COCO MALT], CADBURY [kalau teringin sangat, akak makan VAN HOUTEN atau VOCHELLE pun ok gak], McDonald, KFC [kita pi RFC la nanti kay, atau goreng ayam berempah kat umah dahla..hihi], F&N [termasuk 100 PLUS. so tukar EXCEL ye!], MAGGIE [akak makan CINTAN], dan macam-macam lagi. Nak boikot semua, memanglah tak mampu. Tapi, selagi mana kita masih mampu untuk memboikot, maka kita cubalah yang termampu. Kesian kat saudara-mara kita di Palestin. Sangat kesian. Akak sangat-sangat harap kita saling menjaga antara satu sama lain. Kalau Allah takdirkan Akak untuk menemuiNya lebih awal, moga-moga inilah salah satu pesanan Akak yang akan tetap diamalkan. Janji ya?

Kadang-kadang Akak hilang semangat. Tiba-tiba jadi orang yang mudah putus asa. Tiba-tiba semua jadi serba tak kena. Akak suka saja telefon Ummie tiba-tiba. Macam nak mengadu, tapi, tak mengadu pun sebab dengar suara Ummie sudah cukup buat hati akak tenang. Macam nak menangis, tapi tak jadi nak menangis. Risau pulak Ummie nanti. [mengapa tiba-tiba saja anak Ummie yang kuat dan tabah ini menangis.haha]. Konon kuat. Konon tabah. [tapi, kalau menangis tue tak bermakna tak kuat kan? Peace!] Apapun, berbual-bual dengan Ummie, cukup buat hati Akak lega dan Akak akan kembali bersemangat. Sekali sekala, Akak akan telefon Adik. Bergelak tawa dalam telefon. Hihi. Seronok kan? Paling Akak suka, Adik akan menadah telinga saja mendengar cerita-cerita Akak yang agak “bodoh” itu. Kadang-kadang, Adik akan tergelak walaupun Akak rasa cerita Akak tue tidaklah selawak mana. [napa adik gelak, dik? atau buat-buat gelak?hehe.] Adik lagi pandai buat lawak.

Adik: napa tiba-tiba tepon nie? rindu ka?

Kakak: [tergelak]. haha..mestilaaaa rindu! tak dak aih. saja ja. tensen. [tapi, dengan wajah yang tersenyum. macam tak berapa sedih plak.]

Adik: laaa..telefonla “ehem-ehem”..

Kakak: kalau ada, mesti dah lama tepon.. [tergelak lagi]

Adik: ada, tapi akak yang takmau..hihihi [ambik hati la konon nie].

Kakak: itulaa kan.. [tergelak lagi]. [dalam hati: kalau ada pun dik, orang yang akak nak tepon adalah adik!]

Keluarga yang banyak memberi inspirasi. Keluarga yang kenal jatuh dan bangun Akak. Keluarga yang banyak berkorban untuk Akak. Keluarga yang ada di sisi Akak baik sewaktu gembira mahupun kala sedih, senang atau susah. Keluarga yang banyak mengajar Akak erti kasih dan sayang.

Kita selalu mengarut saja. Main-main. Suka-suka. Sekali-sekala masuklah juga hal peribadi. Sekali-sekala, ada juga Adik menasihati Akak. Akak menasihati Adik. Cuma, nasihat-menasihati ini tidak berlaku secara formal. Spontan saja. Kadang-kadang, masing-masing mengeluh dan mengadu hal yang sama. Bukan untuk menghilangkan “tension” pun, tetapi sekadar ingin berkongsi cerita. Menarik. Paling tepat, melepaskan rindu agaknya. [rindu ke?hehee..]

Adik pernah kata Akak ego sangat dan tak mudah terima kekalahan. Adik pun ajar Akak supaya pandai berfesyen sikit sebab kawan-kawan sekolah Akak, rata-ratanya semuanya cantik-cantik dan pandai bergaya. Low profile sangat la Akak nie! Akak akui, dan cuba jugak ubah perlahan-lahan bab ego tue. Ermmmm..Tapi, kalau bab fesyen tue, tengok dululah. Hehe. Terima kasih, Dik! Adik pun, kalau boleh, ingat-ingatlah jugak pesanan-pesanan Akak yang berjela-jela tidak tersusun tue. Adik pun salah seorang yang selalu mendorong Akak supaya selalu menulis. Adik pun salah seorang yang sangat berharap Akak jadi penulis satu hari nanti. InsyaALLAH, Dik. Doakan Akak tau!

[mode: RINDU plak kat rumah & orang-orang dalam rumah.]

14 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. salam….beli coklat menarik…
    first time jumpe awak salah taip…..
    tapi dok syok bace lupe plak ape yang tersilap tadi.huhuh
    tapi sangat best la….
    macam nak p penang plak join family pak cik shafie p bli coklat…huhuhu
    gurau…salam….

  2. time kasih ats ziarah.
    BUANG YG KERUH, AMBIL YANG JERNIH..
    [jgn kesedapan coklat tue je yg awk nmpk k, ssbnya boleh jadi coklat yg sedap tue ada kndungan yg haram di mkn, ataupun coklat tue sndiri perlu diboikot].hermm..
    same goes to my writing, ada baik ada buruk.
    buanglah sgala yang tak baik [jgn ikut sm skali], ambiklah sgala yg baik.. [nak ambik banyak2 pun takpa]. :)

  3. salam umy…
    wahhh… bestnye coklat…
    umy. untuk pengetahuan umy, revive pon perlu diboikot, coz produced by pepsi malaysia, link pepsi international…
    baru dapat tahu… smber boleh dipercayai… :)
    wahh… len kali ajakla p langkawi…
    hehe
    p/s : mis u, walopun tiap2 hari jumpe… :)

    • ouh ye ke?nanti umy edit balik tulisan nie..
      arrr..mmg tpt umy letak nama intan dlm tulisan kali nie.
      mmg informer berguna!
      perhatian2..nielah intan yg mmg sensitif bab brgn Israel nie..
      http://www.pesonacintahakiki.wordpress.com. :)
      penggemar sirah Rasulullah..
      tulisan2 psl sirah, mntp nie.
      suke bc bku2 agama. byk koleksi buku dia ada.

      p/s: missx100000000000000000000000 intan jgk..walaupun tiap2 hr jumpe.kinokuniya~ pas exam. set?! hehe! :D

  4. suka umy bercerita naratif begini.. santai tapi ada makna.

    • ya? nanti umy citer banyak2 lg ye.
      selagi tak ada yg jemu mbaca, umy akan teruskan usaha.i’Allah..
      terima kasih byk2 j..slalu sokong umy. j pun msti teruskan usaha taw!
      :)

  5. salam..
    akak,tataw nk cmment pew..huhu..
    x pndi nk karang..ahaks..btw,sgt menarikkk!!
    keep ur gud work..heheh..

    p/s:adik sayanggg akak,amar,syirah n iman…
    umie ngan walid lg saaaayaaaanggggg..hahak..:)

    • w’salam dik..
      hehe.alorr adik nie..tak pdai karang, tp pndai bca jadik ar..haha.
      :)
      thanks a lot dik. :D

      p/s: syg adik jugak~ manyakx2 gitu.. hihi.

  6. wah..sangat best la..
    rase nak je jadik adik kak umy ni..
    tapi xnk la part yg iron baju tu..hehe
    amar suke membebel? mewarisi akak dia kah? ;p

    • saya sudi jd kakak awk..hehe. :P
      tp, bersyarat. msti iron bju sy tiap2 hari..ahakz. :D
      hermm..itulaa pasal.hehe.
      tp, die terlebeyh ikot plak. org ajar sikit je..
      lawan bos plak.hehe.

      thanks dhiah. :D

  7. caya pun nak jadi adik kakak,,buuuuleeeh??

    • mestilaaa buleh..
      buleh..buleh..buleh sangat!
      rindula kat pnjual ubt nie..haha. :D

      doakan akak. da dkt exam nieh.dkt nak balek dah nie.xsabaq.blehla akak tlg pakteh edit2 blog lg nnt. i’Allah, sempat..cuti dlm 2 mmnggu gak rsnya.

  8. waaahhh…keluarga bahagia.
    seronok baca..
    heee… ^_^


Leave a comment

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.