adik manja
November 29, 2009 at 9:42 am | In Soal Hati | 5 Comments
Kalau lapar, kita makan. Kalau dahaga, kita minum. Kalau mengantuk, kita tidur. Kalau nak study, kita study. Kalau letih, kita berehat. Kalau nak shopping, kita shopping. Kalau nak tengok filem, kita bukak tv. Kalau nak surfing, kita online. Kalau nak chatting, kita berYM. Kita boleh buat apa saja yang kita nak buat, belum tentu orang lain boleh buat apa yang mereka nak buat. Kita selalu saja dimanja-manjakan, tanpa kita sedar.
Kalau dah mengantuk sangat-sangat, kita akan menghargai lantai simen, walaupun tak dapat katil empuk. Kalau dah letih sangat-sangat, kita akan menghargai waktu rehat lima minit, walaupun bukan satu jam. Kita hanya akan menghargai sesuatu hanya apabila kita kehilangannya.
status : belajar untuk menghargai apa-apa saja.
hantu dalam rumah
November 29, 2009 at 1:16 am | In Soal Hati | Leave a Comment
- hantu suka pedas
Dulu-dulu, Adik yang selalu jadi hantu. Semalam, bertukar tangan, beralih watak. Akak pulak jadi hantu untuk satu hari. Ala-ala famili Edward Cullen dalam cerita Twilight. Tapi, bukan hantu yang hisap darah merah manusia. Sebaliknya hantu jelmaan yang hirup kuah merah laksa. Edward berkata pada Isabella: “The scent of your blood was too desirable for me.” Hantu Pongsu Seribu pula mengujar: “Bau kuah laksa, Subhanallah best! Pedas itu nikmat!” [rindu nak makan dengan mira. kat cairo ada laksa tak mira?]
Tiga mangkuk licin. Tapi, bukanlah sekaligus hentam tiga mangkuk. Cuma macam menu harian biasa. Sarapan pagi dengan laksa, makan tengahari dengan laksa, makan malam pun dengan laksa. [nampak tak macam hantu laksa?] Rendang ayam pun hantu itu sempat sapu. Sebelah malamnya, ada menu tambahan lagi. Bihun goreng Sungai Petani.
- hantu jatuh hati
Khutbah Ustaz memang sangat-sangat best. Lantang. Hati bergoncang sekuat-kuatnya. Getaran lama bermuzik kembali. Rasa sangat-sangat tenang. Yelah, duduk rumah jarang-jarang sangat dengar pengisian jiwa. Bahan bacaan itu ada. Cuma, manakan sama proses membaca dengan proses mendengar. Lain! Walaupun isinya persis. Sama.
“..seorang anak itu dapat jadi pembela ibu dan ayahnya pada hari akhirat kelak. maka didiklah anak-anak dengan sebaik-baiknya, supaya menjadi anak yang soleh dan solehah serta taat kepada perintah Allah. binalah keluarga seperti keluarga Ibrahim a.s, seorang hamba yang taat, suami yang soleh, bapa yang soleh juga seperti Hajar seorang yang taat kepada perintah Allah, isteri yang taat kepada suami, dan anak seperti Ismail yang sabar dan taat kepada perintah Allah, juga rela demi kasihnya pada ayahnya..”
Biarpun berulang-ulang kali kisah yang sama, cerita yang sama, sejarah yang sama diulang-ulang dan dibisik-bisik ke telinga, namun masih jelas terasa ketaatan seorang Nabi, seorang isteri kepada seorang Nabi, dan seorang anak kepada seorang Nabi. Subhanallah, hebatnya keyakinan mereka! Subhanallah, unggulnya keimanan mereka!
-
hantu terloncat-loncat
Walid tersenyum simpul. Ummie nampak sangat-sangat gembira. Hantu yang digelar “Akak” itu pun sama. Terloncat-loncat sambil pegang surat tawaran. 3 Disember depan, tarikh interview Syirah di SBPI Gombak. [dapat atau tidak, itu lain cerita. Ummie kata, yang penting kita usaha. cukuplah dengan tawakal dan doa. baik atau buruk, Allah ada jawapannya.] Gombak pulak tu! [hehe. alang-alang ummie p sana, direct antaq Akak p UIA teruslaa. he he he.]
* 29 November 2009: selamat hari lahir yang ke-20, Nur Izni bt Mohd. Afandi. [sahabat suka dan duka. sangat,sangat,sangat,sangat,sangat rindu kenangan [4] Al-Radzi, SMKA AL-IRSHAD 2006!]
kerana aku dah mula benar-benar jujur
November 26, 2009 at 11:15 am | In Soal Hati | 12 Comments*posting ini agak bahaya. mungkin boleh cetuskan macam-macam kontroversi. macam-macam prasangka buruk. macam-macam lah.
Serius tak tipu! Penggabungan cetuskan konklusi luar biasa. Janaan pemikiran yang sememangnya tidak terjangkau dek akal. [faham ke?!] Dah macam-macam telinga yang dua ini dengar. Dah macam-macam mata yang dua ini melihat. Dah macam-macam aku baca. Semuanya jatuh ke hati. Macam kereta, kalau kita basuh dengan air yang bersih, bersihlah! Kalau kita cuci dengan air yang kotor, maka…?!
Terbang melayang fikiran aku. Rasa macam nak suruh hati pergi cari tuan yang baru, sebab tuan dia kini, bukan tuan yang dulu. Tuan yang sedikit lagho. Bukan tak ingat, bukan lalai 100%, cuma tuan dia telah menjadikan “nafsu” sebagai raja. Kononnya dah berulang kali halau nafsu. “Blahlaa kau!” Tapi masih teragak-agak lagi, sebijik macam dua pasangan kekasih yang bergaduh. “Dahlah, kita clash!” [macam ada gaya je.] Taknak bersama, tetapi nak buang sayang la pulak. Macam Aliyah cakap, “Mungkin Kerna Sayang..” Gila!
Kalau sayang, bukan camtulah dik oooii. Kalau sayang bukan buang. Kalau sayang didik! Didik nafsu. [sepenuh perasaan: aku rasa susah! susah dan susah!]
===========================================================================
::Dua Cinta::
Ada dua perkara ingin aku bicarakan dengan jujur dan telus
Setelah aku tenung isi jiwa
Ia makin kuat mencengkam
Namun kedua hal ini tiada jua sama namun pengakhirannya serupa
insyaAllah…
Hal yang pertama
Aku fikir aku dilanda tekanan jiwa
Hatiku rawan
Aku penasaran, ingatkan hal yang satu ini
Inilah, aku sedar hambatannya namun aku terusan mengejarnya
Aku bagai orang mabuk bunga cinta
Harum membuai-buai namun pedih benar apabila tertusuk durinya
Aku fikir aku sakit
Ah, ternyata ia sesuatu yang tak bisaku ungkap
Cuma terus-menerus aku susun rantaian-rantai doa buat Pencipta rasa
Biar rasa ini mendarah daging buat selamanya
Biar aku terus rela ditusuk-tusuk hingga nanah berluka
Biarkan aku terus menghidu harum mabuk bunga cinta
Aku sungguh cintakan jalan ini
Aku cintakan jalan Nabi
Aku ingin sekali memejamkan mata di saat aku sedang bertarung digelanggang
Aku ingin namaku tercatat sebgai syuhada’
Aku ingin pergi dengan linangan air mata rindu pada syurga dan ku ucapkan selamat tinggal kepada penjara dunia
Itu hal yang pertama
Namun hal yang kedua ini lain pula ceritanya
Aku ternyata malu sungguh untuk membuka kunci hati
Ia berpintal-pintal di sudut hati
Ternyata pintalan itu sudah membuatkan hatiku sedikit kusut
Aduh, ia juga sakit
Namun aku mendokong impian kedua ini demi mentahkikkan cintaku yang pertama
Aku sungguh benar tak tahu siapa dan bila
Namun aku menanti manusia dan masa
Aku menanti tiba pejuang yang bakal aku seka keringatnya setelah berhempas-pulas di medan perang
Aku menanti tiba seorang kekasih yang bakal menyeka air mataku yang gugur kerana mengejar cinta pertama tadi
Aku pasti tunggu imam yang bakal melenturkan yang mana keras
Meluruskan mana yang bengkok
Sukar benar ideaku ini untuk ditaip
Padahal bait-bait cinta meluncur laju di benak dan minda
Aku ingin menjadi gadis novel, puteri impian, punya cerita cinta dramatis yang indah
Namun aku meletakkan syarat, syaratnya harus aku ini dibenarkan malah disokong terus-menerus mengejar cinta pertama
Harus dia menduakan aku dengan cinta pertama
Aku mencabar sekeping hati ini
Bertahan dan bertahan
Jika sememangnya ada, datangkanlagh wahai Pencipta Hati
Jika sememangnya tiada, tabahkanlah hatiku dengan ketabahan sorang panglima
Kerana aku sedang berperang dengan naluri dan nafsu
Juga peradaban yang cuba mengkhianatiku
Jika belum masanya, sabarkanlah aku
Seksalah aku dengan rindu padaMu hingga luput penantianku pada dunia
Wahai Kekasih, kau cukup tahu sekeping hati ini
Yang kau bolak-balikkannya
Tolong aku wahai Tuhan
Peliharalah aku daripada mencintai dunia dan isinya
Bantulah aku membajai cinta pertama…
Bila tut.tut.tut bagi satu sajak semalam [sajak di atas] , aku tak pasti apa yang dirinya mahukan. “Kau pinta aku secebis nasihatkah? Kau rayu aku sedikit pertolongankah?” [terduduk. diam. kelu.] Mana mungkin aku mampu menulis sesuatu yang luar biasa, sedangkan hati aku juga sedang merana tersiksa! Kau tahu, jari aku sekarang asyik menekan “backspace” berulang kali, menandakan hati aku tidak lancar berkata-kata. Perkataan-perkataan yang timbul pada paparan putih “ertihijrah” ini timbul hanya setelah proses “padam, tulis, padam, tulis, padam, tulis” berlaku berulang-ulang kali. Jelas bukan keadaan hati aku saat ini? [maafkan aku..maafkan aku..]
Hati aku yang menjerit sakan. Membaca satu persatu bait sajakmu buat aku rasa, akulah watak antagonis. Akulah juga dia yang protagonis. Maafkan aku teman tercinta, buah hati penyejuk mata, entah bagaimana untuk aku susun ayat biar lengkap sebuah puisi indah? Sebagai balasan buatmu. [hidup ini benar-benar menguji. aku perlukan kekuatan untuk terus bertahan.]
Manusia akan benar-benar berubah. Sama ada transformasi biasa atau luar biasa. Baik atau jahat. Andai kata dulu mungkin ada anti sikit dengan gitar, sekarang boleh pulak kata, “smart jugak eh tengok orang pegang gitar..” [boleh ke er men gitar?] Andai kata dulu melayan lagu-lagu nasyid saja, sekarang mungkin dah punya hobi mencari lirik-lirik lagu Inggeris. Andai kata dulu suka baju ala-ala Raihan, Hijjaz, In-Team, sekarang boleh pulak kata, “smart la kemeja hitam putih belang-belang..kalau ‘Ammar pakai, nampak hensem gak nieh.” Aku hanya mahu jadi aku. Aku yang memang aku. Bukan aku yang disalahtafsirkan orang ramai.
Manusia akan berubah! Pasti. Biarlah sejauh manapun aku berlari, cukuplah jangan ketetapan hatiku padaMu goyah. Mata mungkin sedikit celik dengan hakikat dunia. Hati mungkin sudah jauh merasai hakikat “keindahan” di dunia. Cukuplah hanya sebagai jalan untuk aku dekat dengan mereka. Hanya satu. Jangan sampai satu hari nanti, baju kurung yang selalu aku pakai terbang, terbuang! [Ya Allah..na'udzubillah.]
===========================================================================
Celik. Selama ini aku terjaga. Duduk dalam kondisi selamat. Tiada mara bahaya. Alhamdulillah. Blog Walking pada satu hari mencelikkan mata. Sampai satu hari, tiba-tiba mulut ini berkata,
“ummie, akak rasa macam nak kawin awal ja.”
“akak TERINGIN kawin awal ka?”
“bukan TERINGIN, mie.. cuma, TAKUT!”
[malu la jugak state kat sini. seriusly, i didn't mean anything. bukan main-main. bukan suka-suka. ] Nampak macam perbualan biasa, nampak macam lawak-lawak murah, tetapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Huh.. fikirlah sendiri. “kenapa? dan kenapa?” Nampak macam budak yang baru nak masuk 20 tahun, langsung tak matang!
Takutkan hati yang mudah berubah-ubah. Cuma TAKUT. Mulut memang senang cakap. Cuba dengar kata hati betul-betul. MULUT dan MATA mungkin akan menipu, senang juga ditipu dan tertipu, tetapi HATI tidak! Cuba kali ini, jadi orang yang JUJUR.
Itu sajalah caranya. Cari apa sahaja yang boleh buat aku teguh, tetap, dan yakin. Berulang-ulang kali. Jatuh, bangun balik, jatuh, bangun balik, jatuh, bangun balik, jatuh, bangun balik.. sampailah ke akhirnya! [mengapa? hanya kerana aku seorang manusia biasa yang sangat-sangat biasa.]
Ya Allah, biar sejauh mana aku berlari, hanya SATU. Jangan PRINSIPku tergadai.
==============================================================================
nak post ke tak? nak post ke tak? nak post ke tak? [teragak-agak. punya lama fikir.]
POST!
Akhirnya, “kerana aku dah pandai jujur”.
1. kalau aku adalah kau, dan kau adalah aku, kau akan faham.
2. kalau kita punya hati yang sama, rasa yang sama, kau akan faham.
3. kalau kau jujur pada hati, kau akan faham.
*cari diri. kenal diri. sesuaikan diri. kawal dan pandu diri. dengan…….IMAN.
sentuhan hlovate pada jiwa
November 20, 2009 at 8:22 am | In Resensi | 4 Comments
aA+bB hasil karya Hlovate mengajar erti hidup. Saya belajar untuk cuba memaknakan hidup. Hidup yang jalannya bermula daripada lelah dan putus asa. Kronologi awal memang ada ketika dirasakan tidak kena dengan jiwa. Sesekali, ada masanya hati juga terusik. Akal tiba-tiba cuba menguji,dan cuba bertanya:
“perlukah aku meneruskan pembacaan? betul ke aku di track yang betul nie? alahaiii..takut plak la tersilap jalan. cuti-cuti Malaysia nie bukan boleh percaya sangat. kalau orang lain cuti Malaysia, aku percaya. kalau aku sendiri, kadang-kadang boleh terbabas tak ingat dunia. walaupun ingat Allah itu ada, walaupun kenal Pencipta itu siapa, tahu-tahu sajalah bilamana nafsu menguasai.. ya Allah, na’udzubillah..”
aA+bB- Hlovate rentak bahasanya santai. Ada banyak perkataan yang gila-gila. Bukan Bahasa Melayu biasa. Namun, ada masanya sentuhan penulis tepat kena pada hati. Penulis menjiwai watak seorang remaja yang membesar dewasa. Memahami gaya hidup seorang Pra-Dewasa. Seterusnya, menjadi seorang Dewasa. Penulis menghurai makna hidup yang bermula daripada jahil tidak tahu apa-apa, sedikit celik dengan dunia, dan proses belajar ini terus berjalan hingga akhirnya betul-betul mengenal kewujudan Pencipta. Subhanallah, ilham dari Allah yang sungguh luar biasa!
Suka dengan gaya bahasa yang tidak direct, tetapi boleh difahami. Suka dengan kronologi cerita yang banyak unsur suspens, dan lawak santai yang sememangnya mencuit hati. Pada mulanya, ingatkan jalan cerita novel nie macam ala-ala CINTA ROMEO dan JULIET, ataupun macam biasa yang kita selalu tengok dalam drama, mula-mula bergaduh tidak ingat dunia, “You You! I I! Yours is Yours. Mine is Mine”, kemudian kena kahwin paksa, kemudian tiba-tiba jatuh cinta, dan hidup happy ever after. Lain sedikit, walaupun ada unsur-unsur yang sebegitu.
Apapun, saya dapat sesuatu.
1. belajar menghayati erti hidup. setiap titik perjalanan yang dilalui, ada maknanya yang Allah sedang rancang, ada hikmahnya yang tersendiri.
2. bersedia untuk belajar, dan buka hati untuk belajar. hanya orang yang nak belajar, dan nak buka hati untuk terima hidayah Allah saja yang akan dapat kenal HIKMAH hidup.
3. masa silam dan masa lampau mengajar. kejahilan atau kesilapan pada masa lalu bukan suatu yang sia-sia, tetapi mengajar diri untuk lebih memaknakan hidup pada masa depan.
4. apa yang dirasakan tidak sesuai dengan diri, atau difikir tidak serasi dengan jiwa, apabila Allah dah kata YA, walaupun benda tue kita tak suka, percayalah bahawa ada sesuatu yang dirancangNya. setiap perancangan Allah itulah yang terbaik.
5. positiflah dengan apa saja mendatang.
6. bukalah minda untuk menceburkan diri dalam sesuatu yang baru. selagi tidak salah atau bertentangan di sisi agama, teruskanlah. percaya pada Allah. percaya pada diri!
aA+bB: Hlovate best!
p/s: apapun, terpulang pada individu masing-masing. punya cara dan rentak sendiri. cara kita fikir berbeza, cara kita pandang sesuatu pun berbeza, namun selagi kita percaya bahawa Allah itu ada, dan Dia Tuhan kita, menghayati makna Ad-Deen dalam hidup, mempraktikkannya sehabis daya, maka kita serupa. tiada beza. Oh, aku manusia biasa! [uhuh..nak kena baca buku ilmiah plak nieh. otak berkarat nanti. takmaula..takmau!]
Wassalam.
Syurga Dunia III
November 19, 2009 at 8:28 pm | In Santai | 4 Comments*bahasa melayu tunggang-langgang. harap maklum.
“Aaaaaa…!!” Berteriak panjang Syirah bila Kak Umairah dan Kak Ukasyah mengusik nak peluk dia petang tadi.
“Cehhhh..acecehhh..tahniah! Tahniah Syirah!” Akak tersenyum panjang. Kain telekung dilipat dan diletakkan kembali di tempat asal. Selesai solat Zohor. Syirah masuk bilik, nak ambil tuala. Baru sampai dari sekolah. Akak sengaja menonjolkan muka semanis mungkin. Biar dia rasa usahanya dihargai. Biar kesungguhannya dirasakan berbaloi. Syirah tersengih panjang. Suka.
Pak Ngah Jo cakap kat Ummie tadi, “masih tak pecah tradisi..” Kak Umairah, Kak Ukasyah, ‘Ammar dan sekarang, Syirah, alhamdulillah 5 A. Tunggu Iman la pulak. Adik dengan Akak awal-awal lagi dah gelak besar. Ummie tersengih, pelik. [kenapala anak-anak dia nieh? tak paham betul la.]
“Haa.. UPSR memang la. SPM hancuss.. hancuss lebuq!” Akak cuba menjelaskan. Adik kemudiannya mengulang.
“Hancuss Miee..hancuss!”
“UPSR memangla ada tradisi. SPM, takdan nak buat tradisi.” Akak balas selamba. Kami sama-sama di ruang tamu. Syirah sibuk layan YM dan fesbuk. [biasalah..anak-anak muda zaman sekarang. kalau dulu-dulu, Kak Umairah dan Kak Ukasyah layan teddy bear ja. teddy bear kaler pink dan coklat diberi nama Amir Amirah pulak tue.]
“Ala, takpala.. alhamdulillah, masuk U jugak tuh. Itulah kan, rezeki Allah nak bagi.” Ummie menyambung. Akak terus tenggelam dalam dunia novel. Menjiwai watak sebaik mungkin. Novel kedua yang dibaca sepanjang cuti ini; Menunggu Cinta Tuhan. [lebih kurang macam satu tajuk teater yang pakteh sebut-sebut dulu. tak ingat plak tajuk dia. teringin nak tengok teater tue.]
Hari pertama. Hari pertama bercuti di rumah. Lega rasanya melihat wajah-wajah tersayang. Tenang! Damai! Ya Allah, syukur! Apapun, diri hanya mengharapkan satu. Moga tetap berpijak di bumi nyata. Tetap ingat Allah walau di mana-mana pun. Kekuatan iman tetap stabil untuk membentengi apa saja dugaan yang mendatang.
Ahhhh.. [mengeluh dalam-dalam]. Umy pernah mengeluh. Pernah mengadu kat Intan, “intan, knape kalu kat umah, Umy tak kuat aje ha? tak macam kat UIA. sedih laa..”
Intan balas, “kalau kat U ada halaqoh, kat rumah mesti ada halaqoh hati.”
Ya, HALAQOH HATI!
p/s: sekian, diari hari pertama! nak solat Isyak dulu. plan nak makan kat luaq nie. duit walid. walid belanja. [bleh kata celebrate kejayaan Syirah jugak la nie. ya Allah, syukur alhamdulillah. syukur..syukur..]
lafaz yang tersimpan
November 18, 2009 at 8:12 am | In Soal Hati | 3 Commentslukisan hiasan yang sepatutnya saya nak ada dalam posting ini: [ada jalan lurus dilukis memanjang dari luas, ke makin sempit. ada dua tangan yang dibukakan seluasnya membentangkan arah jalan.ton warna gelap, hitam kelabu. dekat hujung jalan, ada warna cerah, bercahaya. ]
- oh! hanya saya yang tahu apa yang saya fikir. bukan mudah nak ilustrasikan, agar orang tahu apa yang kita sedang bayangkan. saya nak cari gambar nie kat gugel search, tapi takda laaaaa...saya nak lukis, tapi orang lidi ajelah yang jadi nanti. jadi, takpelah. cukuplah sekadar perkataan yang menghubungkan dua fikiran kita. aku dan kamu! dari dua dimensi berbeza, perspektif berbeza, tapi cukuplah bayangan yang sama membentuk satu lukisan yang sama.hehe.-
“Hahhhhhhhhhh..entahlah!” Menghembus nafas panjang. Perlahan-lahan, udara segar yang bebas bergerak disedut kembali. Kemudian dilepaskan lagi buat kali kedua. Senang dengan kelakuan itu.
Satu saja kalimah yang ada dalam hati saat ini, “Allahhu Akbar!” Maha Hebat Engkau yang Maha Menyatukan. Aku masih lagi sangsi. Dia mungkin masih lagi tertanya-tanya. Cukuplah, kami sekadar mengikut percaturan hidup Yang Maha Hebat. Dia lebih tahu. Maha Tahu.
“Rahsia apakah di sebalik semua ini ya Allah?” Masih ingat lagi beberapa patah katanya yang dulu. Lontaran perkataan berbau aroma syukur. Dia mengoyak senyum manis, kira-kira lewat petang semalam. Aku menyambut mesra. Sangsi jua. Dia seolah-olah meragui jodoh pertemuan kami. Peristiwa semalam masih lagi terimbas. Terakam pada sudut memori, jelas! Tersimpan kemas.
Bermula pada bibit-bibit pertemuan pertama, dia sekadar bertanyakan jalan, aku sekadar menjawab soalan, bertukar nombor telefon, dan hingga ke hari ini rupanya perkenalan itu masih berjalan. Hinggalah semalam! Kami masih lagi dipanjangkan jodoh rupanya, untuk bertemu buat kali kedua.
Dia bukan Dr.! Dia bukan Makcik! Dia bukan Madam! Dia bukan Mak! Dia kawan. Saya belum pernah sekali pun ada “kawan” sebegini. Dia kawan! Dia sahabat. Macam kawan yang boleh diajak gelak bersama. Macam sahabat yang boleh diraikan pengalamannya. Macam teman yang boleh mendengar luahan hati. Macam taulan yang sudi mendengar celoteh dan pendapat sahabatnya. Macam sahabat! Persis.
“kawan saya 40 tahun.” “saya 20 tahun.”
“kawan saya bakal mengambil PhD.” “saya degree pun tak lepas-lepas lagi.”
“kawan saya salah seorang pensyarah psikologi di sebuah maktab perguruan.” “saya masih lagi pelajar tahun 1.”
Dia tak anggap saya macam anak. Dia anggap saya macam kawan! Saya rasa mesra. Uniknya pertemuan dan percaturan hidup Allah.
Banyak perkara ajaib yang berlaku. Saya kelu. Kelu untuk berkata-kata. Kelu untuk bercerita. Saya teruja. Maka, terhentilah coretan ini di sini saja, biarpun hati saya melonjak-lonjak untuk bercerita lebih. Entah perkataan apa untuk saya sambungkan, biar jadi sebuah cerita! Entah ayat bagaimana untuk saya susun, agar lengkap sebuah prolog. Monolog-monolog pada lubuk hati ini, susah benar untuk ditarik ke dasar, agar tersusun kemas menjadi sebuah epilog.
Biarpun terakam kemas dalam minda, susah..memang susah untuk saya titipkan satu persatu, biar lengkap sebuah kisah. Haahhh..susah! Memang susah.
Cukuplah dengan sebaris kalimah, “kenalilah seseorang dengan nama Allah!”
.biasa. & .biasa-biasa.
November 17, 2009 at 1:23 am | In Santai | 2 Comments
- sekadar suka-suka. kalau suka, teruskan membaca. kalau tak suka, tinggalkan segera ataupun bacalah yang mana suka ya!
- saya adalah manusia biasa. perempuan biasa. sangat-sangat biasa. jadi, hakimilah saya macam orang yang biasa-biasa. walaupun saya pernah dan sentiasa ingin jadi luar biasa, tetapi saya tetap rasa selesa dengan status biasa-biasa. cukuplah, mengenali saya dengan saya yang biasa-biasa saja sebab saya memang semulajadinya biasa-biasa saja. kalau nampak saya biasa-biasa, haaa betullah itu saya! kalau yang nampak saya luar biasa tue, haa bukan sayalah tue. tapi, apa yang anda faham tentang “biasa” dan “luar biasa” yang saya maksudkan? kalaupun saya nampak istimewa, hanya kerana saya manusia yang Allah cipta. jadi bukan saya yang harus dipuja, tetapi Dialah yang selayaknya!
- penggunaan bahasa Melayu yang tersangatlah tunggang-langgang. saya rasa penat nak Italic atau Bold kan perkataan “rojak BM & BI” serta beberapa “singkatan” dalam nie sebab banyak sangat. tak larat laa hari nie, walaupun saya salah seorang Pencinta Bahasa Melayu! harap maklum.
- 16 November 2009
Rasa macam nak tulis diari. Diari yang semua orang boleh baca. Sebenarnya, tak berapa suka dah tulis-tulis diari nie, walaupun pernah suka tulis diari. Entahlah, rajin semacam je hari nie. Sedang tertunggu-tunggu kehadiran seseorang sebenarnya nieh. Teringat pulak kat Nuri. Moga Nuri tabah. Cekal dan masih sabar meneruskan perjuangan. [satu paper je lagi ok!- ‘ulum hadis.] Bukan apa, mesti Nuri penat hari nie. Jalan-jalan dengan Umy setengah hari, semata-mata nak cari tiket. Hujan lebat lagi. Basah kuyup walaupun berpayung. Alhamdulillah, dapat la jugak beli tiket. [harap sangat Nuri tak demam, dan tetap kuat untuk meneruskan perjuangan esok hari. gggrrrr..]
Tapi, perkara yang tak disangka-sangka terjadi tadi [sian Nuri.. :( ] InsyaALLAH, ada hikmahnya. Nuri redha. Umy pun redha jugak. Muka Nuri nampak tenang, tapi di hati siapalah yang tahu? Hanya Tuhan Yang Tahu. Rimas la jugak dengan suasana di Pudu tadi. Sesak. Ramai orang. Jalan ke kaunter sini, ada saja yang tahan. Belok ke kaunter sana, ada lagi yang tahan.
“dik, nak ke mane dik?
“dik, tanye je dik..tanye je, nak ke mane? bleh nak tunjuk kaunter!”
“dik..dik”
“oooo..dik..”
Jawapan saya hanya satu. Sambil tersenyum, “takpe-takpe, dah beli dah.” Itu kali pertama. Masih mampu membuat perkara yang sama untuk kali kedua dan ketiga. Tetapi, bila dah berkali-kali ditanya soalan yang sama, terus saja saya redah membelah laluan. Senyum pun tidak, menjawab soalan apatah lagi. [fuh, betapa sombongnya! mintak maaf banyak-banyak, nak jimat masa. full stop!]
Saya pun terfikir, “erm..kalau aku tak suka ditanya banyak-banyak kali macam tue, entah-entah depa pun lagilah tak suka menanya banyak-banyak kali macam tue. setiap hari pulak tue! isk..boring..!boring..!”
“Nak buat macam mane, dah keje dorang [promoter]..entah-entah dorang pun tak suke. kan?” Itu sajalah yang Umy cakap dengan Nuri tadi.
Selesai urusan tiket, jalan-jalan sekeliling Pudu sekejap. Kalau dah ke Pudu, saya hanya teringat beberapa benda; sama ada singgah solat di Surau Puduraya, beli tiket ke Penang, menunggu di platform, atau beli buku, novel atau majalah. Sebab-sebab lain, belum pernah terlintas lagi. [tapi, taktaulah masa-masa depan.]
Kalau tidak, nak singgah Kinokuniya, KLCC saja tadi, banyak lagi pilihan kat situ. Tapi sebab hujan lebat sangat-sangat. Keduanya, sebab dah lambat, dan waktu Maghrib hampir saja tiba, terus tukar plan. Beli buku di Pudu saja. [sian Syirah..akak tak dapat la beli buku kat Syirah. kat Pudu, Akak tak jumpa la lagi buku Ain Maisarah. Sowy Mowy Syirah.. shiannn..Akak tak beli papa pun. huu..terkilan gak.]
Yalah, kalau dulu. Iman macam tertunggu-tunggu Akak balik. Seronok check beg Akak. Isk, memang kalutlah adik-adik Akak nieh. [nanti kalau Iman check, laaaa..Akak tak beli apa-apa ka? huh, mesti kecewa menonggeng, menungging, terbalik semua ada depa nieh.uhuks, keshhiann daa..]
Lama jugak belek buku. Taktau nak pilih yang mana satu. Umy tengok saja muka Nuri. Ada riak-riak perubahan tak, kalau Umy beli buku yang satu nie.
“Nuri, takpe tak kalau Umy nak beli buku nie? Nuri bagi tak?” [haha. macam anak tanya mak. macam anak mintak izin ayah. macam adik takut-takut dengan akak.]
Nuri senyum saja. Kemudian kami bersoal-jawab.
“Umy, kita kena baca banyak benda.. Tapi, mesti tahu bezakan baik dan buruk. Kalau Umy baca buku nie, buku-buku yang lain tue [buku-buku agama yang WAJIB dibaca], Umy baca jugak kan?”
Nuri nie macam faham Umy saja. Cuba pujuk-pujuk Umy sikit. Berhikmah! Dah lama sangat Umy tak baca novel berbentuk macam nie. Rasa macam teringin saja.
Sebelum nie, Intan pernah nasihat Umy. Intan cakap, baca novel CINTA, walaupun sedikit, boleh juga terpengaruh. Intan cakap lagi, baca novel CINTA, walaupun NOVEL CINTA berbentuk ISLAMIK, walaupun ada yang memberi pengajaran, tapi kadang-kadang boleh membuatkan kita terpengaruh jugak. Kalau tak kuat, lebih baik mengelak atau mencegah. Diakuilah jugak. Sebab Umy tidak kuat macam semua orang. Umy tak kuat macam Intan. Tak kuat macam Nuri. [huh, tiba-tiba rasa sedih pulak sebab banyak buat silap.sangat-sangat banyak.] Intan cakap, mesti banyakkan baca buku-buku sirah supaya kita sentiasa dekat dengan Rasulullah. Rasa dikelilingi dengan sahabat-sahabat Rasulullah. Rasa hidup dengan Rasulullah. Sebab tue, macam dah jadi PARANOID nak baca novel-novel berbentuk macam tue. Tapi, entah kenapa hari nie, rasa macam teringin saja! Bukan teringin nak bercinta, tak..tak! Cuma nak baca saja. Baca sikitttt saja. Bukan tak ingat nasihat Intan tau! Bukan..bukan..! Bukan camtue. Cuma..ouh, sukar sekali untuk dijelaskan! [insyaALLAH tak terpengaruh, sebab Umy ada Intan nak nasihat Umy pulak buat kali kedua. hehe!]
Tambah-tambah salesgirl tue, pandai saja guna kata-kata manis. Macam semua buku dia dah baca. Mahir berkata-kata.
“Buku nie best. Klaka. Buku nie best. Sedih..” [haiyooo..]
Lepas tue kan, saya bayar dengan beberapa keping not, bernilai RM 45.90.
[aA+bB: Hlovate-nieh untuk Akak.]
Tertarik sebab-sebab : tajuk menarik, nama pengarang menarik, cover depan pun menarik.
[Ketika Cinta Bertasbih II:Habiburrahman El-Shirazy-nieh untuk Adik. Dah lama sangat mintak Akak beli, tak jugak terbeli-beli.ahaha..akhirnya kan Dik? Adik dah selesai episod 1, Akak pulak, satu episod pun tak sentuh lagi. tengok movie jelah nanti. ]
- Stesen Putra
Saya tengok jam. Macam biasa. Saya dengan jam mana boleh pisah. Bukan jam tangan. Jam handset. Jam tangan dah lama tak berganti bateri. Jarum pun dah tercabut. Tapi, macam biasa, sayang nak buang sebab ada sentimental value. [ouh, tiba-tiba teringat pulak, bulan 12 dah dekat. saja je nak state kat sini. takda maksud lain. kan umie kan? kan walid kan?kan adik kan? ]
Sampai Stesen Putra tadi, pukul 07.19 p.m. Macam biasa jugak. Seronok tengok ragam orang. Ada satu term dalam psikologi tentang fe’el yang macam nie. Fe’el suka tengok orang dan buat spekulasi nieh. [hermm..bagusla kalau nak tulis novel. belajar taswif dan taswir]. Tapi, ya Allah..betul-betul tak ingatla psychology term tue walaupun telah cuba untuk mengingat.
Berbalik kepada kes tengok orang tadi, ada sorang pakcik nie, berkopiah dan berbaju Melayu. Kemas. Bersih. Saya suka buat spekulasi.
“pakcik nie mesti kemas orangnya..”
Pakcik nie, tengah kutip tin-tin. Kitar semula.
“pakcik nie mesti pencinta alam sekitar. paknik nie, baguslaa..tak malu pun walaupun buat kerja macam tue. nak cari kerja halal.”
“pakcik nie..mesti hati mudah saja bersih.” Terus lagi hati berkata-kata. Lama. Panjang.
“Yalah..kalau buat kerja-kerja macam nie, memanglah hati bersih. Mengajar diri untuk selalu merendah diri. Tak sombong.”
Bercerita tentang bab TAK SOMBONG nie, saya suka tegur makcik-makcik yang kerja tukang kebun, cuci toilet, ataupun sapu sampah kat UIA nie sebab kalau saya tegur walau sekali, hati yang gusar secara automatiknya rasa tenang walaupun hanya dengan satu sapaan SALAM. Hari yang menggelisahkan, akan rasa mudah. Saya pun tak pasti kenapa.
Tapi, saya buat spekulasi: “makcik-makcik yang kerjanya membersihkan bumi Allah dengan ikhlas, tak merungut, dan masih senyum-senyum serta bergelak tawa nie hatinya mudah saja bersih. Salam mereka, doa untuk saya. Bila hati dah bersih, oh insyaALLAH..mudah saja Allah makbul. Oh, patutlaa tenang saja! Rasa best. Nikmat. [tapi kan..saya tegur yang mana saya berani jela. macamlah baik sangat nak tegur semua, walaupun saya memang teringin saja nak tegur semua macam Ustaz Rahmat dalam cerita Sang Murabbi tue. Hihi.]
Biasanya saya tegur makcik-makcik yang kerja di Mahallah Sumaiyyah ataupun sorang makcik nie yang akan saya jumpa dekat CELPAD, setiap hari isnin, rabu atau jumaat kira-kira pukul 7.50 pagi ke atas. [oh, dah boleh hafal muka makcik nie! dia selalu sapu sampah kat situ. saya sampai je dia ada. dia ada je saya sampai.]
Pastue, makcik-makcik yang saya jumpa nie akan tersenyum panjang-panjang, sambil berkata:
“nak ke kelas ye dik?”
Saya pun dah boleh hafal kata-kata dia. Agaknya, makcik nie pun dah boleh hadam kata-kata saya.
“Ha’a makcik..” Tunduk, senyum, lalu berlalu.
Sebenarnya, banyak lagi nieh nak cerita. Tapi, cukuplah diari nie. Dah panjang berjela. Mana boleh cerita semua. Huhu.
Sekian!
p/s:
alhamdulillah, orang yang ditunggu-tunggu dah sampai. siap ada tugasan lagi cuti nie. time kasih kak An! Tau-tau ja mutarabbiyah Kak An nieh tak brapa nak kuat sangat bila ada kat umah yee.. [tilawah Al-Quran, sunat rawatib, mathurat, dhuha, qiyam, puasa..dan lain-lain. =] ]
tiba-tiba dapat mc dari nombor nuri. tapi, tak sempat nak jawab.sapa yang pegang hp nuri sekarang nie ye? cuba call balik, tak dapat-dapat. message pun tak delivered.ala..
mood: membilang hari..Penang menanti!
ada apa dengan sorof?
November 15, 2009 at 7:34 am | In Santai | 5 Comments

*sorof atau lebih dikenali sebagai Arabic Morphology ialah salah satu subjek yang wajib dipelajari oleh pelajar-pelajar jurusan Bahasa Arab di UIAM, Gombak.
*TAASL : adalah singkatan untuk salah satu program atau jurusan [pendidikan] yang ada di UIAM, Gombak. [khas untuk bakal-bakal pendidik yang akan mengajar matapelajaran Bahasa Arab]. kalau Bahasa Inggeris [TESL], kalau Bahasa Arab, [TAASL]! tapi, saya bukan TAASL! ;P
*tasrif af’al [تصريف الأفعال] – salah satu “subtopik” dalam subjek SOROF yang memang WAJB tahu. ASAS dalam SOROF.
mood: suka-suka saja. herm..
ajarkan aku tentang CINTA!
November 11, 2009 at 10:13 am | In Soal Hati | 12 Comments
*hehe. so kiut daa..
Ummie menelefon Akak semalam. Macam biasalah, ada cerita-cerita baru. Seronok Akak dengar satu- persatu. Tersentak tentang sesuatu. Syirah tanya Ummie sesuatu.
“Akak dah besaq. kenapa takdak sapa-sapa lagi ha Mie?”
“Pastue, Ummie jawab apa?” Akak pula yang tiba-tiba tanya semalam.
Ummie jawab: “Sebab Akak tau jaga diri. Haa..Syirah pun kena pandai jaga diri jugak!” [Akak tergelak. echewah..konon pandai sangat la nieh..]
“Itulah kan Mie [Ummie], kalau Akak buat perkara yang tak elok, mesti adik-adik akan ikut jugak..” [hermmm..mengeluh!]
Ummie memutar suasana lalu. Kembali kepada dialog Syirah yang dulu. Dah besar adik Akak nie rupanya. Rupa-rupanya, dia sedang belajar. Belajar tentang sesuatu perkara dan cuba adapt dalam kehidupan seharian. Akak betul-betul tak sangka. Kalaulah Akak terbuat sesuatu yang buruk, maka… [pahamlah-pahamlah akibatnya..]
Entahlah, makin adik Akak membesar, makin merisaukan. Kalau Akak risau macam nie, Akak yakin, Ummie bertambah-tambah risau. Dunia dulu lain, dunia sekarang lain walaupun kita berada di bumi yang sama. Zaman Syirah lain, zaman Akak lain! Kalau zaman Akak dulu [zaman sekolah rendah], si lelaki tak berani meluahkan perasaan, si perempuan tak berani menerima ajakan. Sekadar menjeling-jeling dari jauh, masing-masing tak sedar saling memandang. Suka sama suka, tapi langsung tak bertegur-sapa. Cukuplah sekadar teman tapi mesra. Hanya memendam perasaan lama-lama, sampai sekarang pun belum tentu statusnya; sudahkah terluah? atau masih ditakuk lama. Perasaan makin lama makin dalam, hati dah lama menjeruk, tahu-tahu dia dah pergi dulu meninggalkan sekolah. Berani memekik namanya, tetapi hanya setelah jasad meninggalkan bayang. Jauh. Sangat jauh. [apa guna pekik? buat habis suara je. hampeh sungguh.] Itu kes pertama.
Kes yang kedua pula, tiada lafaz “sayang”! Tiada lafaz “cinta”! Lafaz “suka” itu adalah sikit-sikit. Ada yang memendam lama-lama, ada yang melafazkan terang-terang. Yang terlafaz itu, rasanya kira-kira 10% sahaja! Yang berani melafazkan itu, bukan berani dari dalam, tetapi berani setelah dicabar! Haa.. yang jenis pemendam tue memang sangat ramai. Kalau pemendam perasaan jenis sekarang, tulis nama kekasih hati pada dinding YM, pada paparan FS, atau laman fesbuk. Itu memendam secara “terbuka” namanya, lama-lama si kekasih pujaan hati ini dapat tahu juga walaupun belum sempat pun si pemendam secara terbuka ini meluahkannya. [ish..ish..ish..] Kalau dulu, mana ada fesbuk, ym atau fs. Henpon tue adalah, tapi untuk orang-orang kaya sajalah. [waktu darjah 6, Akak takdak henpon lagi. haaa..Syirah dan Iman dah pandai guna henpon.]
Kalau dah suka sangat-sangat, si lelaki yang zaman Akak dulu nie, hanya berani mengukir nama si perempuan idaman pada kulit pokok sahaja. Contohnya: U.M.A.I.R.A.H.! [haha. credit to the owner. ;) ] Si perempuan idaman ini, takkan tahu sampai ke sudah, melainkan kawan kepada si lelaki ini yang membocorkan. [khianat betul la si kawan nieh..kesiannn..] Walaupun dah tahu, mana ada nak declare-declare nie! Sungguh, tak berani! Tetap kawan macam biasa. Teman tapi mesra, sampailah sekarang. [herm..how sweet!]
Kalau tidak pada kulit pokok, cukuplah pada kertas kumal yang berhelai-helai berwarna biru itu, tetapi akhirnya bukan berada dalam simpanan si perempuan, tetapi terlonggok di dalam tong sampah hitam yang berlambak-lambak di sekolah. Tukang-tukang kebun sekolah sahaja yang terkekek-kekek ketawa di belakang stor sekolah, setelah membelek dan membacanya. [hermm..]


Kalau yang sekarang ini, banyak kali juga Akak geleng kepala. Banyak kali juga Akak menangis. Banyak kali juga fikiran Akak kacau, hati Akak runsing. Berkali-kali! Makin mencabar nampaknya. Lelaki makin berani meluahkan, si perempuan makin berani menerima ajakan. Dah sebijik macam orang dewasa! Malah ada yang lebih dari tahap dewasa. Macam dah nak kahwin pun ada. [ya Allah..na’udzubillah..] Akak risau sangat-sangat dengan adik-adik Akak. Macam yang Akak selalu kata, tarbiyah di rumah akan membantu, biah ataupun persekitaran belum tentu boleh membantu. Teman rapatlah yang banyak mempengaruhi tumbesaran fizikal dan rohani, selain bimbingan daripada keluarga.
Akak jenuh berfikir. Macam mana nak jadi kreatif? Macam mana Akak nak ajar adik-adik Akak tentang CINTA? Cinta tetap akan tumbuh dalam hati, itu pasti! Mana mungkin Akak dapat halang fitrah yang Allah jadikan? Jadi, caranya bukan dengan menghalang tetapi dengan mendidik atau merawat. Seusia 10, 11 atau 12 tahun dan peringkat umur seterusnya, hati akan mula bergelojak, suka membina potensi diri, suka menjelajah mengenal dunia baru, suka mencari “teman tapi mesra”, mula suka macam-macamlah! [macam mana ye Akak nak terangkan sesuai dengan peringkat umur? i’m still learning..]
Tambah-tambah dengan kecanggihan teknologi yang makin berkembang pesat. Tambah-tambah dengan perancangan Yahudi laknatullah yang makin meliar hebat. [sampai dalam gula-gula getah KHAS untuk kanak-kanak pun dah letak peransang seks!] Ya Allah..na’udzubillah. Bukan setakat “gula-gula” yang meng”AJAR” kanak-kanak tentang CINTA, tetapi mereka “ajar” lebih dari itu!
Berbalik kepada dialog Syirah tadi, Akak yakin dari situ Syirah dapat belajar sesuatu. Iman pun. Adik pun. Ammar pun. Adik-adik lain juga seluruh dunia. Bohonglah kalau diri tidak pernah terjebak dalam kejahilan yang nyata, tipulah kalau diri tidak pernah menyentuh dosa. Dik, Akak yang terlebih dahulu celik melihat dunia. Akak yang termakan garam dulu, maka sebelum adik-adik Akak merasai masinnya garam kehidupan, cukuplah memelihara diri agar sentiasa merasai manisnya erti hidup. Manisnya erti hidup jika terus melaksanakan perintah Allah! Mana yang baik, ikutlah, mana yang buruk jauhkanlah.
Jom bercinta cara ISLAM! Itulah ketenangan hakiki pada hati, pada jasad, pada diri. Walaupun nafsu terus memburu, walaupun syaitan tidak puas menipu, cukuplah dirimu yakin dan tahu, Allah ada untuk membantu. Penat melayan perasaan, penat membuang bicara nafsu yang tak sudah-sudah, penat menahan rindu, penat, penat, dan memang sangatlah penat, namun cukuplah kepenatan itu Allah kira sebagai imbalan terbaik buat dirimu. Bagi yang terus kuat, Alhamdulillah! Bagi yang masih lemah seperti diri ini, percayalah bahawa Allah kira setiap usaha itu, setiap kepenatan itu, setiap kesungguhan itu, satu-persatu tanpa tinggal walau sebesar habuk pun!
Adik-adik Akak, moga kita sama-sama berganding bahu untuk terus memburu cinta Allah, cinta abadi! Akak takut, sebab hati manusia mudah berubah. Sama-samalah mendoakan agar kita sentiasa berada dalam jagaan Allah.. [takut diri terjebak..sangat-sangat takut diri tersasar. takut..]
Ya Allah, Engkaulah pemegang hati-hati adik-adikku. Kekalkanlah kami dalam nikmat mencintaiMu, halakanlah kami ke arah kebaikan. Jauhkanlah kami dari kemungkaran. Halakanlah kami ke arah syurgaMu. Hindarkanlah kami dari nerakaMu. Amin. Amin. Amin. [Akak takut..]
Salam sayang, Kak Umairah..
p/s: herm.. sekali lagi! kalau zaman adik-adik kita macam nie, macam mana pula zaman anak-anak kita? tanyalah diri masing-masing bagaimana, dan apa yang telah kita lakukan untuk menepisnya? [refleksi buat diri yang masih lena dibuai mimpi].
Salam Mujahadah!
next paper: Introduction to Psychology: 13 November 2009/09.00 a.m.
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.










