a new day..

saling tengok, lalu jatuh cinta!
Sentuhlah hati aku ini ya Allah, sentuhlah ia dengan sentuhanMu. Biar aku nampak Syurga dan Neraka, agar bertambah-tambah kesungguhan aku untuk mencintaiMu. Biar bertambah-tambah kekuatan roh ini untuk bersegera melakukan kebaikan, amar makruf dan nahi mungkar.

Sentuhlah hati aku ini Ya Allah. Biar bergetar hebat hati aku saat aku memandang orang-orang yang bertaqwa, saat aku melihat jiddiyah mereka, saat aku merasai kehebatan iman mereka. Biar kami sama-sama saling memandang, lalu jatuh cinta! Cinta dalam iman, sebagaimana telah Kau ikat Ansor dan Muhajirin. Ikatan mereka ikatan iman, tanpa harta. Tanpa memandang rupa. Tanpa pangkat dan kedudukan. Sehinnga isteri sanggup dikorbankan. Sungguh ya Allah..tanamkan dalam diri ini cinta sebegitu, aku ingin sekali memuliakan saudara seagamaku! Aku ingin sekali meminjamkan bahuku untuk mereka menangis saat letih dan lelah, dan pinjamkan segala kekuatan yang aku ada untuk kami sama-sama berjuang keranaMu. Izinkanlah ya Allah, sentuhlah hati ini ya Allah..

Sentuhlah hati aku ini Ya Allah.. Biar terduduk menangis aku rindukan dia, kekasihMu. Rindukan bintang-bintang yang menyerikan zaman Rasulullah. Sahabat-sahabat yang begitu hebat berjuang. Sebagaimana gigihnya Saidina Abu Bakar menarik sahabat-sahabat untuk sama-sama memeluk Islam. Hanya selepas satu hari memeluk Islam, beliau berjaya mengajak yang lainnya. Sebagaimana teguhnya janji Mus’ab bin Umar, “takkan ada satu rumah pun di Madinah ini yang tak didakwahi!” Sebagaimana Asma binti Abu Bakr, mengikat perut yang berisi janin dengan tali pinggangnya, demi menghantar makanan kepada Rasulullah dan ayahnya. Sebagaimana takutnya Umar, sehingga pengsan selama dua hari dua malam apabila dikhabarkan tentang sakaratul maut. Sebagaimana Ukasyah, cepat-cepat bertanya mendahului yang lainnya, “apakah aku layak untuk ke Syurga, ya Rasulullah?”

Sentuhlah hati ini ya Allah, biar aku rasa kuat untuk berikan apa yang aku ada. Hilangkan rasa rendah diri dalam diri ini, cukuplah rendah hati. Aku tidak mahu berjalan lembik, seperti yang orang-orang kafir sangkakan! Aku tidak mahu berfikiran sempit, sebagaimana yang orang-orang kafir tafsirkan. Halakan aku ke arah kebaikan, walau sejentik. Aku tidak mahu jadi penunggu kebaikan, aku mahu jadi seorang pencari kebaikan.

Sentuhlah hati ini ya Allah, agar aku lebih berani berdepan dengan ummah. Takut sekali aku pada bumi yang akan bergegar kerana benci dan geram pada kelakuan anak Adam..

“Sahabatku, ketahuilah aku menyayangimu kerana Allah.”

“Sentuhlah hati-hati kami ya Allah, saling tengok lalu jatuh cinta!”

“Tegakkanlah ISLAM dalam dirimu, nescaya akan tertegak ISLAM di tempatmu.”

Salam Mujahadah.

apa kata dia tentangmu?
Kadang-kadang, saya rasa macam nak tukar course. Saya rasa susah sangat-sangat belajar Bahasa Arab.

Saya rasa saya seorang saja yang tak faham! Saya rasa saya dah gagal. Membaca pun dah susah, apatah lagi berkomunikasi! Lagilah pulak…

Kadang-kadang, bila baca buku ini saya tak faham, buku itu saya tak faham! Saya fade up. Kadang-kadang, saya baca buku sirah Rasulullah dan sahabiah, tapi saya still tak boleh hadam semuanya. Saya masih gagal untuk ingat kesemuanya. Saya masih tak dapat nak kongsi dengan sahabat-sahabat. Saya lupa.

Kadang-kadang, bila sampai masa perkongsian, saya jadi kelu tiba-tiba. Sedangkan saya rasa saya dah banyak baca buku-buku ilmiah. Bila berdepan dengan adik-adik yang masih kecil, saya tak tahu cara nak “mendekati” mereka. Mana boleh main aci rembat saja. Mana boleh sesuka hati redah macam saya selalu buat. Saya hilang cara. Saya tak tahu kaedah mengajar dan mendidik mereka. “Sesuaikah macam nie? Silibus nie ok ke? Boleh ke cerita macam nie? Faham ke budak-budak tue nanti?”

Saya akui, saya masih tak mampu jadi seorang imamah. Saya bukan hafizah. Nak hafal ayat-ayat Al-Quran pun saya rasa sangat susah, apatah lagi untuk bergelar hafizah! Tambah-tambah bacaan Al-Quran pun masih tunggang-langgang! Tajwid saya masih berterabur sana-sini. Sangat-sangat!

Kadang-kadang saya jadi manusia wara’, solat pada awal waktu. Kadang-kadang, saya jadi manusia paling hina, saya melewat-lewatkan solat. Saya tak mampu lagi nak istiqamah solat sunat rawatib setiap waktu. Saya tak mampu lagi nak didik diri berpuasa Isnin dan Khamis setiap minggu. Saya masih tak dapat jugak nak bangun awal setiap awal pagi, setiap hari, untuk jumpa dengan Dia, kekasih saya. Kadang-kadang saya kecewa. Tiba-tiba putus asa.

Saya masih tak mampu kawal nafsu saya sebaik-baiknya. Saya terlalu mudah ikut kata nafsu, berbanding iman yang seharusnya menjadi mahkota diri saya. Hati saya kotor. Jiwa saya gersang.

Bila tengok orang ini hebat, orang itu hebat, saya bukan tambah kuat. Tapi, saya rasa sangat lemah. Saya rasa saya manusia paling kerdil, tak tahu apa-apa. Saya rasa saya tak layak untuk apa-apa. Kadang-kadang, keyakinan saya yang pernah 100%, hilang kesemuanya. Saya tak mahu jadi siapa-siapa, saya tak mahu apa-apa. Saya hanya mahu hidup dan teruskan kehidupan. Ikut saja apa nak jadi, jadilah! Saya rasa kemampuan saya hanya setakat ini, dan sampai sini saja. Stop!

Saya takkan mampu jadi murabbiah yang baik. Saya tak mahu mencetak mutarabbiyah yang tak bermutu. Saya masih tak mampu jadi anak yang solehah. Saya tetap juga gagal menjadi kakak yang baik dan mendidik. Saya masih juga bukan sahabat dan teman yang berbudi. Baik hati, dan penyayang 100%. Saya bukan seorang pemimpin. Saya tak hebat, saya tak baik maka mampukah saya untuk memperoleh suami yang baik, serta dapat membimbing saya ke jalanNya? Saya tak baik, maka mungkinkah saya akan punya zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah? Saya tak baik, maka mungkinkah saya dapat didik generasi masa depan sebaik-baik mungkin? Saya tak baik, maka saya sangat takut untuk ke nerakaNya, tapi saya ragu-ragu layakkah saya untuk ke syurgaNya?

Mengingatkan tentang kejahilan diri, saya sangat-sangat sedih.

“Persoalan untuk kau buktikan pada diri, masih banyak kekurangan yang perlu kau baiki! Persoalan untuk kau tonjolkan pada diri, masih banyak kejahilan yang perlu kau kurangi. Persoalan untuk kau tayangkan pada diri, masih banyak kelemahan yang perlu kau atasi.”

Cubalah kau muhasabah, apa kata Dia tentangmu?!

Salam Mujahadah.

2010 menanti satu erti pada hijrahmu!

hadiah teristimewa
Hahhhhhhhh..penat!

Itulah kan? Kalau kita minta agar hati kita terjaga sentiasa, tiada bisikan sia-sia, mudah lembut dan dengar kata, boleh jadi Allah akan hadiahkan kita “kesibukan” yang melampau, “taklifan” yang banyak untuk kita belajar uruskan masa, tenaga, harta benda dan sebagainya. Allah dekatkan kita dengan perjuangan mencari Dia, perjuangan mengajak sahabat-sahabat mengenalNya. Biar kita sibuk sampai tak sempat berfikir benda yang sia-sia. Benda yang tak ada faedah!

Tengok? Nampak kan? Cuba tengok cara Allah bagi kita hadiah! Unik kan? Kita minta macam tue, tapi dia Dia bagi macam nie. Bukan terus-menerus, tapi kita kena fikir dalam-dalam. Sebab Dia tahu, kita ada akal yang sempurna untuk berfikir. Hebatkan Dia? Saya kagum. Sungguh-sungguh.

Allah bagi kita rasa “tanggungjawab” dan “amanah” yang terasa berat untuk dipikul. Tapi, pada masa yang sama, Allah bagi kita rasa “syukur” dan “redha” dengan tugas-tugas dan taklifan tersebut. Allah bagi kita kekuatan pada hati untuk merasakan dan menjadikan setiap “masalah”, “taklifan” dan “tanggungjawab” itu sebagai peluang memperbaiki diri dari semasa ke semasa untuk jadi lebih baik dari hari ini.

Apapun, kalau kita yang tak positif, kita takkan jumpa dengan jawapan Allah dari setiap doa-doa yang kita hamparkan. Kalau kita tak cuba cari hikmah setiap pancaroba hidup, kita takkan jumpa sampai bila-bila.

Unik kan tarbiyah Allah?

Saya hanya mahu belajar dari susah payah hidup. Biarlah saya terpaksa berpenat lelah pada masa sekarang, biarlah masa saya terisi dengan kesibukan melampau-lampau, biarlah saya putus asa dan mungkin kecewa di tengah jalan, biarlah saya tiba-tiba kuat dan berdiri kembali. Saya mahu semua perasaan itu sekarang sebab…. err..sebab….ah! Kau lebih tahu. Kau tentu tahu.

Cukuplah hanya Kau yang tahu.

Ok. Saya dah tak penat. Smile!

mencari cinta dalam cinta
Dingin pagi terasa hingga ke tulang hitam. Namun, matanya memerah berbekas dengan tangisan. Lebih terasa hangat pipinya berbanding kesejukan yang terus-menerus membalut tubuh. Tidak pernah kering sejak hari pertama dulu. Hari ini masuk hari yang ke-15. Hari yang ke-15 dia rukuk dan sujud memohon ampun. Hari yang ke-15 dia berdiri menghidupkan satu pertiga malam. Hari yang ke-15 dia bersungguh-sungguh merebut pandangan Allah. Hari yang ke-15 dia bermujahadah melawan segala hawa nafsu demi menjaga hatinya.

Makin dia cuba, makin dia terasa hebatnya ujian itu. Makin dia melawan, makin dia terasa dekatnya dia dengan Tuhannya. Emel sahabatnya dibaca dan terus dibaca. Isinya semacam boleh dihafal, namun masih juga tidak jemu-jemu dia membacanya. Ada kekuatan. Ada harapan. Ada jalinan kasih sayang di situ.

Beberapa minggu lepas, beberapa bulan lepas dia mengirimkan sesuatu. Tiada tahan lagi menahan ujian bertimpa-timpa yang menyesakkan dada. Meragut rasa tenang dalam jiwa. Kerana satu jasad, satu nama, satu jiwa- Adam!

Assalamu’alaikum w.r.t.

Malu sungguh untuk aku mencoret kata-kata seterusnya. Rasa ini terus menghambat hati dan naluri aku, sahabatku. Entah bagaimana untuk aku didiknya perlahan-lahan, biar tewas sang nafsu yang makin giat! Sahabatku, mencurah-curah air mata sangat ini, tidak kutahu lagi pada siapa untuk aku mengadu melainkan engkau yang aku rasa lebih tahu kondisi jatuh dan bangun aku. Kita sama-sama pernah berdiri, pernah duduk, pernah jatuh, pernah sama-sama membina angan-angan dan cita-cita.

Sahabatku, kotorkah hatiku? Jenuh dan puas aku meminta, aku tetap merasakan betapa sang nafsu terlalu sukar untuk aku kalahkan. Aku merana dengan hati dan perasaan sendiri. Hari ini aku bahagia dengan nikmat iman yang kian menerobos dalam diri, namun esoknya aku kembali menjadi pemaksiat tegar yang terus memburu cinta seorang Adam. Kau tentu lebih tahu, rasanya macam apa? Bagaimana? Betapa kuat aku cuba menafikan, semakin kuat pula ia datang. Tanpa figura, tanpa suara, tanpa aku kenal siapa dia. Tapi, bahayanya aku tahu terlalu jauh sahabatku. Angan-angan dalam hati itu pastinya lebih membakar dan membara. Melemahkan aku yang sedia lemah!

Aku cuba, ya aku cuba! Tapi, sampai bila? Virus apakah ini yang racunnya terlalu menyeksa diri? Aku rasa aku seperti manusia munafik yang hari ini berdoa, menangis kerana dosa, bertaubat lalu esoknya aku kembali menjadi manusia paling hina. Hati aku kotor, sahabatku.. Aku benci dengan apa yang aku lalui. Aku benci dengan perasaan yang aku rasa bodoh dan tiada matlamat, tanpa hala tuju ini. Aku benci dengan perasaan kotor yang masuk dalam hati kosong ini.

Terasa ingin aku lari dari manusia bernama Adam. Namun, hakikatnya kau tentu tahu? Sahabatku, berikanlah aku pedoman dan nasihat, tunjuk ajar, untuk aku hapuskan segala perasaan yang kian memuncak. Mengapa orang yang tidak pernah merasakan cinta, yang sedang lalui saat-saat paling pahit seperti yang aku rasa? Aku rasa jijik dan sangatlah berdosa. Sedangkan mereka yang bercinta, aku lihat bahagianya jauh lebih ketara? Jiwa mereka seolah-olah tenang, tidak berserabut seperti kondisi aku saat ini. Masa ini. Kenapa orang lain yang ada tarbiah aku lihat kuat dan tidak ada hal-hal gangguan seperti ini? Kelam-kabut! Sekali lagi, hinakah aku ini sahabatku? Sedang jiwa ini masih muda, jasad ini masih perlu ditaklifkan pada tanggungjawab dan amanah yang lebih besar dari soal cinta! Aku tahu itu, sahabatku. Aku sentiasa tahu.

Aku mahu sekali hati yang dulu. Hati yang tenang. Hati yang kuat. Aku rasa aku telah sedaya upaya berusaha, makin kuat rasanya sahabatku. Makin kuat! Bantulah aku. Berikanlah aku pedoman buat jiwa, nasihat buat hati yang sangat-sangat memerlukannya. Bantu aku mencari erti cinta yang sebenar-benarnya, aku benci pada yang rapuh. Tolong..

Tersingkaplah segala kelemahan seorang gadis. Betapa aku malu!

Sahabatmu yang jauh,

Mutmainnah

Hari yang ke-15. Hari yang ke-15, dia masih lagi membaca dan terus membelek balasan sahabat, belahan jiwa. Kekasih hati, yang sentiasa meniupkan semangat dalam jiwa. Memberikan kata-kata mendidik yang sentiasa membangkitkan semangat untuk terus kuat bermujahadah demi mencari cinta Allah!

Salamalaik sahabatku,

Moga dalam lindungan Allah selalu.

Pertamanya, terima kasih. Terima kasih kerana menganggap sukamu, sukaku. Dukamu, dukaku. Moga Allah perkenan memayungi kita berdua dengan arasyNya di hari kiamat nanti kerana kasih sayang kita kerana cinta padaNya.

Sahabatku, aku cuba menelah apa yang ada di hatimu. Masihkah kau ingat kenangan lalu? Saat aku dan dirimu masih belum tahu makna perjuangan. Saat kau dan aku masih mencari hakikat mengenal Ilahi dan membina diri. Ingatkah kau pada dia? Satu nama yang takkan pernah kita lupa! Murabbiah berjiwa agung, bahasanya puitis, mendekatkan jiwa kepada Ilahi. Dia pernah berkata dalam tulisannya:  “peritnya mujahadah menjaga cinta”. Aku sama sekali tidak faham maksudnya, sebab bukankah dia sama sekali tidak pernah terjebak dengan cinta, apatah lagi dia seorang yang sangat menjaga diri. Tapi, setelah masa berganti masa, waktu berganti waktu, hari berganti hari, tahun berganti tahun, sedikit sebanyak terurai maknanya satu persatu. Aku mula faham sedikit demi sedikit.

Jangan risau sahabatku, kufikir perasaan itu memang anugerah Allah apabila sudah sampai masanya. Kalau wanita yang tidak menjaga diri, masa inilah melonjak-lonjak rasa itu. Tapi kita bukan begitu bukan? Atau sekurang-kurangnya kita berusaha sekuatnya untuk menjaga diri. Moga Allah lindungi kita. Sahabatku sayang, inilah tarbiyah Allah buat kita. Ujian datang bagi wanita yang tak menjaga diri dan mereka tewas. Ujian itu juga datang kepada kita dan kita mujahadah.

Mujahadah kita, kerana yakin akan janji dan cinta Allah. Sahabatku, tidak ada jalan lain selain bersabar menanti saatnya Allah hadirkan dia yang dirimu tidak pernah sama sekali dengar suaranya, hadirkan dia yang engkau tak kenal rupanya tapi sering dinanti dan dirindu. Moga Allah hadirkan dia~insan yang terbaik buatmu, setanding peritnya mujahadah yang kau lalui.

Sahabatku, kita meniti jalan dakwah dan tarbiyah. Kita telah tanam tekad untuk tetap di jalan ini walau telah berkeluarga, walau telah ada sepuluh orang anak, walau sudah bercicit sekalipun sehinggalah kita mati atas jalan ini. Mohonlah doa pada Allah setinggi-tingginya moga dikurniakan bukan setakat yang soleh, tapi yang mampu menghidupkan jiwa kita untuk terus berkhidmat pada agamaNya.

Mustafa Masyur berkata pada isterinya pada hari perkahwian mereka “ Engkau adalah isteri keduaku.”

Lalu ditanya kepadanya, “Siapakah dia yang pertama?”

“Dakwah. Aku telah menikahinya sejak sekian lama dan aku takkan sama sekali meninggalkannya.”

Inilah harga cinta seorang pejuang dakwah. Terlalu banyak persiapan diri yang dituntut agar kita setia dalam susah dan senang. Maka, dekatkanlah diri dengan Allah, berusahalah mengukuhkan ilmu dakwah, tarbiyah dan kekeluargaan dalam diri. Cuba bahagikan masa sebaik mungkin. Moga harga cinta ini Allah gantikan dengan balasan yang setimpal. Dia akan hadir. Dia akan hadir. Cuma dia kini turut bermujahadah seperti dirimu, dan sedang mempersiapkan dirinya untuk melangkah ke maratib amal yang kedua.

Sahabatku, mabruk alaiki atas ujian yang telah kau terima. Moga kuat selalu. Air mata yang murah itu hadiahkanlah pada Allah. Rasa malu padaNya itu jadikanlah sebagai asbab untuk selalu bertaubat dan memohon ampun. Moga disucikan hati!

Salam rindu buatmu.

Wassalam.

akan bersambung kalau rajin….

-diuji itu biasa, yang luar biasa adalah cara kita menerima ujian. mulakanlah hari barumu dengan hijrah, moga ada ertinya di situ. erti sebuah hijrah!

-ini kisah Mutmainnah yang ke-3, hasil sentuhan Umairah Shafei dan Amirah Ab. Jalil. kisah Mutmainnah yang asal adalah milik Siti Radhiah Syahida bt. Mohd. Hamdan. saya hanya pinjam nama “Mutmainnah”. klik sini untuk kisah Mutmainnah part I, dan klik sini untuk part II. mungkin ada kisah ke 4,5,6,7,8,9,10, hihi! sampailah dia bertemu Penciptanya. *umy pinjam ye dhiah. kita sharing-sharing gitu eh? takpe ke? heh.

-untuk Puteri Mira, sebahagian daripada diri yang terlalu banyak menyumbang fikrah. entri ini milik kita bersama. sayang kerana Allah! thanks dear.    ^___________^

saya lebih berhak ke atas awak dari dia!
saya ada juga rasa malu apabila awak seolah-olah “menghalau”  “mengharapkan” saya pergi segera atau jauh dari situ setelah “dia” datang. [entahlah.. atau mungkin saya yang salah faham!]. saya tak suka dan tak mahu bersangka buruk, kerana saya juga sama sekali tidak suka orang menyangka yang bukan-bukan tentang saya. apatah lagi yang buruk-buruk. saya juga manusia biasa yang ada perasaan sebegitu.

ok, saya fikir positif. awak tak salah, dan saya yang salah dalam hal ini. [tapi, kadang-kadang, antara awak sedar atau tak kita boleh baca muka manusia, kan?] ok, dah. cukup! fine! saya betul-betul ingin surrender kali ini, saya tak mahu sama sekali bersangka buruk apa-apapun walau sedikit tentang awak!

tapi, perasaan malu itu bertambah-bertambah, dan berganda-ganda kerana saya tahu saya lebih berhak ke atas awak! lainlah kalau dia sememangnya mahram awak. andai benar dia mahram awak, kenapa awak tak bagitau saya awal-awal? agar saya tak rasa apa-apa, malah saya dengan rela hatinya duduk tempat lain. paling tidak, untuk elak saya daripada salah faham atau sangka yang bukan-bukan. ekspresi wajah berubah secara tiba-tiba. ada perasaan tidak rela.

saya malu. saya malu dengan diri saya sendiri. saya tak kisah sekalipun awak seolah-olah mahu saya jauh dari situ. saya malu hanya kerana saya tak mampu menjaga awak. andailah saya hidup pada zaman Rasulullah, di mana ukhwah islamiyyah begitu dititikberatkan, apa mungkin saya akan “jaga” awak dengan sebaik-baiknya? anggap awak salah seorang ahli keluarga saya untuk disayangi. untuk dijaga dengan sebaik mungkin daripada sebarang benda buruk. untuk dibelai lebih dari diri saya sendiri. andailah begitu,  jika ingin dinamakan hubungan kita atas nama hubungan kawan, kita tak pernah sama sekali jadi kawan. atau atas nama saudara, kita tak pernah jadi saudara. baik terangkat, berangkat-angkat, mahupun kakak kandung, adik tiri dan sebagainya. kita saudara satu agama. ISLAM. dan saya begitu yakin, mulia kita hanya kerana itu. walaupun saya tidak pernah sama sekali mengenali awak, maka ingin benar saya muliakan diri awak kerana itu. dan saya juga ingin dimuliakan kerana itu.

andailah saya mampu untuk menyayangi awak sebegitu, pasti dan sepasti-pastinya saya takkan malu sebegini rupa. tanpa kenal awak siapa, tanpa tahu dia siapa, dengan seikhlas hati, ingin saja saya mengujar lembut, dan moga-moga tiada sakit hati dan sebagainya.

“maafkan saya akh, saya lebih berhak ke atas dia, maka izinkanlah saya duduk di sini. itupun, kalau akh bukan adik, abang, suami, atau ayah, atau mahram dia.”

tapi, sepatah pun saya tak kata. saya hanya mampu tengok, dan berlalu dari situ. saya sungguh malu dengan diri sendiri. sangat malu dengan Allah. malu dengan awak. maafkan saya ukhti fillah! ketahuilah, kita tak pernah kenal, tapi saya ingin sayang awak sebagaimana saya sayang orang lain yang saya kenal. saya ingin sayang awak sebagaimana saya juga mahu orang sayang saya. hermmm..

.mati dengan sebenar-sebenar hati.
wahai kekasih agung, pemegang ubun-ubunku, pemegang hatiku, pemilik tertinggi rohku..

walau berulang kali telah aku katakan, walau belum sempat aku berkata-kata, kau pasti lebih mengetahui tentang hakikat diri, tentang kata-kata yang bakal dilontar, tentang segala rahsia hati, tentang segala keinginan diri, tentang pergolakan hawa nafsu dalam diri, tentang kepayahan mujahadah yang aku alami, tentang turun naik iman dan kesesakan aku kerananya.

kadang-kadang, apabila saat aku rendah hati, saat aku masih lagi mahu sujud untuk nawafil seterusnya, saat aku masih kuat untuk menentang kekuatan kuasa jahat dalam hati, saat aku masih berupaya menagih cintamu, saat aku masih tunduk sepenuh-penuh hati, betapa kadang-kadang aku terlanjur berkata, “ambillah aku saat ini, kerana saat ini paling aku rasa dekat denganmu, walau tidak kutahu apa mungkin aku ke syurgamu, atau apakah layak untuk aku mendapat tempat di sisimu..”

ketahuilah pemilik segala alam, maha agung maha kuasa, sumpah dengan namaMu dan segala asma’ as-sifatMu aku cuma bimbang, andai saja kau tarik nyawaku, saat aku masih tegar melakukan maksiat, tanpa ragu sedikitpun, tanpa takut atau bimbang. saat iman aku turun, dan berada pada tahap paling bawah. paling hina.

berikanlah ya Allah, kesempatan untuk aku rasa nikmat iman ini, saat jasad tunduk, hati aku juga segera tunduk. nafsu aku juga merebahkan diri padaMu. bukan sekadar pergerakan jasad, yang mana hati aku lalai dan leka. sungguh, aku hilang nikmat pengabdian! sakit, ya Allah. sakit! roh aku pasti meronta-ronta walau hakikatnya jasad aku bertenaga.

cabutlah apa saja yang Kau mahu dari diriku, kerana sememangnya aku adalah seorang peminjam. tetapi benar-benar aku mohon, cabutlah sangat aku betul-betul rela, sangat aku benar-benar berhak ke atas SyurgaMu, saat aku benar-benar layak untuk berada di sisiMu, kekasihMu, semua pencinta-pencintaMu..

dengan takut dan harap ini, maka halakanlah aku ke arah kebaikan, ke arah SyurgaMu agar kau tarik aku saat aku telah betul-betul bersedia!

..::hamba Allah yang mengharap, 1431 H::..

jalan mula dan jalan akhir
jalan mula nampak baik, maka moga-moga ada cahaya pada jalan akhir.

apabila seorang lelaki, masuk ke taman larangan dengan cara halal mencari cinta, maka di situ ada redha Dia. ada cahaya, ada kasih, ada bahagia. daripada saat akad itu, mereka sama-sama mencipta hidup dengan kasih Dia, belajar memaknakan hidup dengan hidayah Dia, maka segalanya mudah walaupun jalannya panjang berduri. berliku. payah. perit.

mereka biasa. hidup yang biasa-biasa, tapi ada makna. ada nur. ada cahaya. ada bahagia. itu sudah jauh lebih memadai daripada berharta. daripada kemewahan dunia.

jalan itu makin lama makin terang, dan sungguh aku bahagia. kita sama-sama mencari erti fastabiqul khairat, mencari cahaya pada waktu Dhuha, mengejar solat awal waktu walau kadang-kadang sedikit alpa, dan aku sungguh-sungguh terinfluensi pada kesungguhan mereka berdoa. sama-sama belajar dari zero, kepada menjadi seorang hero. moga-moga!

ketahuilah, Akak takkan mungkin seHEBAT Ummie dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak, dan Akak takkan mampu jadi seperti seorang Walid yang seSABAR Walid!

perigi dah penuh, bertakung. tunggu meleleh saja lagi. baik stop dulu, solat Isyak dan berdoa untuk kedua-duanya.

-salam sayang,salam rindu-

::akak/gombak/1431 H::

abang-abang..pakcik-pakcik..
Abang..maafkan saya sebab tipu.

Pakcik, maafkan saya sebab tipu jugak.

Pakcik-pakcik, maafkan saya sebab tipu jugak-jugak..

Abang? Geli sungguh nak guna perkataan ini. Abang? Aku rasa aku sangatlah susah nak guna lima huruf ini waktu nak tanya soalan, atau nak beli barang. Biasanya, aku akan cakap:

“nieee..nak beli yang nie 1 ya..”

“assalamu’alaikum..tumpang tanya,surau kat mana?”

“aaaaa..yang nie brape ringgit?”

Demikian contoh-contoh soalan yang biasa aku guna. Agaklah kurang sopan, dan sangatlah tidak berbudi bahasa. Bukan apa, cuma rasa tak selesa. Susah sungguh nak digambarkan di sini. Tapi, bukanlah tak guna langsung. Adalah jugak guna. Tapi, biasanya panggilan “abang” aku gunakan untuk orang yang aku memang dah kenal rapat dan dia memang lebih tua. Selain tue, mungkin abang-abang sepupu, dan orang tue memang orang yang aku hormat sebagai seorang abang. Tapi, kalau “lelaki muda” yang sememangnya berpangkat abang, tapi baru dikenali, berat sungguh mulut ini untuk menuturkannya. Entah kenapa! Aku sendiri tak dapat dipastikan sebanya. Ok, dah jelas bab itu.

Tapi, hari ini hari yang sungguh-sungguh mencatat sejarah. Sejarah yang mana banyak kali juga aku guna perkataan itu. Sejarah yang aku suka-suki panggil orang ini abang, orang itu abang. Ya, panggilan itu! Kali pertama aku gunakan dengan sesungguh-sungguhnya. Memang dari hati. Terbit secara tiba-tiba tanpa teragak-agak. Tapi, kali pertama ia muncul dari mulut hari ini mungkin kerana aku memang terdesak sangat saat itu. Sebab ia melibatkan satu hal ibadah yang mana mungkin aku akan tinggalkan tanpa sebab. Solat! Kali pertama aku sebut perkataan itu ialah di Puduraya.

“Abang..bas bertolak pukul 5 ek? Sempat tak kalau saya nak semayang dulu?” Macam tuelah lebih kurang soalan aku tadi. Rasa macam tak percaya. Macam mana aku boleh panggil dia abang dengan terus-menerus tanpa tersekat-sekat atau ragu-ragu nieh? Haishh.. itu bukan persoalannya. Aku tak ambik pusing sangat. Masalahnya, bas akan bertolak pukul 5 petang, dan aku masih belum solat Asar. Waktu itu jam dah menunjukkan pukul 4.35 petang.

Aku pun tak faham dengan satu perkara nieh. Sama ada dia teruja bila aku panggil dia dengan panggilan “abang” ataupun bila aku tekankan perkataan “semayang”. Muka dia memang sangat pelik. Muka dia memang sangat-sangat pelik. Mulanya, dia cakap “tak sempat” tanpa menoleh aku walau satu kerlingan. Terus saja dia membelek-belek tiket aku, dan memeriksanya. Dalam hati aku berkira-kira,

“sudahhhhhh.. macam mana nieh?”

“boleh ja semayang dalam nie, tapi aku takdak wudhu maa..”

“kira mudarat tak nieh? boleh aci pakai qada tak?”

“atau pi semayang..beli tiket len?”

“atau..kalau aku tiba-tiba mati camna?”

Semua ini bermain-main di minda. Badan dah berpeluh-peluh sakan. Mana taknya, berkejar sana sini semata-mata cari tiket. Sapa suruh tak beli awal-awal? Paling tak boleh diterima, sapa suruh buat keputusan nak balik last minute? Haaa..sapa salah?

Dan….tiba-tiba, ya Allah..syukur Kau memahami.

“pegilah semayang. tapi cepat sket tau.”

Hanya Allah yang tahu hati aku sangatlah bersyukur saat itu. Lafaz hamdallah terus saja terlafaz. Aku berlari-lari. Peduli apa ayu tak ayu? Baju kurung ke, berkain ke, redah sajalah! Orang tersangatlah ramai. Aku terus ke surau. Solat empat rakaat hanya dengan bacaan Al-Fatihah setiap rakaat. Dalam rukuk, dalam sujud, tak putus-putus mintak doa moga Allah permudahkan. Huh! Tanpa bertelekung, terus saja semayang dengan baju sedia ada. Tapi tadi, orang-orang yang ada kat situ pun pelik. Yalah, dengan cepat-cepat berlari ambik wudhu, terus solat tanpa peduli orang. Dahtu, terus saja berlalu macam tue saja. Hampir-hampir jugak jatuh tangga tadi. Ya Allah. Kalut sungguh. Hee. :)

Sampai saja platform, bas hilang. Sudaaaahh! Dalam hati, aku dah meredhai awal-awal lagi. Little Voice Messaging System siap cakap lagi: “sama ada awak balik UIA balik, ataupun awak beli tiket lain, ataupun awak singgah umah Kak Da [sepupu].” Pilih yang mana satu nak. Tapi, semuanya aku tak ikut. Lalalala..

“Pakcik..bas ke Butterworth dah lepas ek?” Lebih kurang begitulah aku bertanya tadi. “Oh..maghi ikut Pakcik.” Dia pun bawaklah aku beberapa meter jauh dari tempat aku terserempak dengan dia tadi. Aku nampak nombor plat bas tue. Syukurlah, tak terlepas lagi. Baru standby nak jalan. Sekali lagi, alhamdulillah. Waktu tue, memang tepat-tepat pukul 5 petang.

Perjalanan aman; tanpa sebarang masalah. Aku bahagia, walaupun sebenarnya sangatlah lapar. Makan coklat saja tanpa air mineral. Ceh, pandai-pandailah tahan. Hee.

Sampai Juru (tempat yang dah dekat-dekat dengan Butterworth) lebih kurang pukul 9.30 malam. Mesej Ummie siap-siap, dan Ummie pun reply.

“Ok. Ummie dah bertolak dari umah.”

“Ok. :)” Ceh, siap smiley-smiley bagai. Seronok sangat nak sampai rumah. Terbayang-bayang dah wajah semua orang yang tersayang. Suka. Ceria. Bahagia.

“Penang! Penang! Penang!” Kondukter bas tue terjerit-jerit. Ramai yang turun dari bas. Termasuk aku. Aku antara orang yang paling last turun. Memang bas kosong.

“Eh..kenapa terminal nie macam lain saja? Buat baru plak kooottt..” Aku membuat spekulasi. Aku jalan-jalan hujung lagi.

“Pesta Nibong Tebal?” Nampak saja signboard tue, terus hati aku menjerit sakan. “Biar betul aku kat Penang nie?” (untuk makluman: Penang ini dah seberang laut. Nak ke Butterworth mesti menyeberangi lautan luas.)

“Laaaa..sudaaaah! Macam mana boleh jadi macam nie?” Tapi, aku terus buat muka selamba. Konon cool habis. Cepat-cepat telefon Ummie. Yalah, sebab takut Ummie dah sampai jeti Butterworth, nanti cari aku tak jumpa pulak.

Dan untuk tiba-tiba yang seterusnya, plapp! Bateri kong. Sony Erricson terpadam serta-merta. Ya Allah..

Bermula saat itulah, semuanya nampak macam tak berapa nak bercahaya. Gelap saja. “Rileks..rileks..” Tersenyum lepas ternampak public phone. Terus dail nombor Ummie, dan ceritakan segala-galanya yang telah berlaku. Suara Ummie dah mula panik semacam. Aduhhh…sian Ummie.

“Takpa Mie..takpa. Akak cuba tanya orang kat sini. Nanti apa-apa Akak call lain.” Suara yang penuh ketenangan. Hee. Tapi, dalam hati, takut la jugak. Tak pernah lagi terlepas macam nie. Malam-malam macam nie pulak tue. Waktu tue, dah 10.15 malam.

Nak dijadikan cerita, terserempak dengan beberapa orang pakcik tengah bersembang dan bergelak tawa. Yang membuatkan aku sedikit percaya dengan pakcik-pakcik nie ialah, mereka memakai kopiah putih.

“Ooo..baru lepas semayang kot nie. Orang baik-baik kot.” Walau hakikatnya, aku tak berapa nak percaya, tapi daripada tanya orang lain yang macam kutu rayau melepak di bus stop, lebih baik tanya pakcik-pakcik berkopiah ini. Sebenar-benarnya, susah nak percaya jugak. Kan?

“Pakcik..kalau dari Penang nak ke Butterworth camne eh?”

“Ohhh..adik boleh naik teksi terus pi sana”.

“Oh, macam tue. Berapa ringgit ek pakcik?”

Kemudiannya, seorang abang menyampuk. Abang nie pemandu teksi yang sedang menunggu pelanggan.

“RM 55 dik..”

“Haa..telan ayaq liyoq dik..” Pakcik tue berkata-kata. Memang sungguh aku telan air liur saat itu. Serius, aku tak punya duit sebanyak itu! Muka dah mula cemas. Memang jelas agaknya muka aku pucat macam mayat sampai abang tue tiba-tiba macam pujuk pulak. Eceh..

“Tapi takpa dik. Takpa. Adik boleh naik teksi, kemudian naik feri. Feri tue memang menghala ke Butterworth. Free dik. Takyah bayaq apa-apa.” [nampak sangat aku bukan budak Penang tulen. haa.. naik feri baru sekali. itupun, waktu form 2. lepas tue, tak penah naik dah! rupa feri pun cam tak cam.]

“Oh..camtue ye? Kalau dari sini nak ke tempat feri tue plak, bapa ringgit?”

“RM 25.” Aku dah macam orang sesat di negeri sendiri. Dah tak punya cara lain melainkan cara itulah. Nasib baik dalam purse ada jugak RM 30. Boleh lepas duit teksi. Feri free. Selamat. Ya, Allah syukur!

Lepas telefon Ummie buat kali kedua, dan ceritakan segalanya, Ummie pun setuju. Tapi, sebenar-sebenarnya Ummie mesti risau lagi. Yalah, anak dia nie reti ke naik feri malam-malam. Dah tue naik teksi dengan orang asing pulak. Aku pun risau jugak sebenarnya, tambah-tambah abang tue dahla muda lagi. Itu tak kisahlah sangat, sebab sekarang nie mana kisah tua atau muda. Lawa tak lawa. Cantik tak cantik. Gila tak gila. Kalau dah kata nafsu, semua boleh jadi. Bukan nak fikir negatif, tapi nak taknak perlulah berhati-hati. Tapi, sekarang dalam keadaan aku yang sesat di negeri sendiri, apalah cara yang ada lagi?

“Ok.  Saya naik teksi!”

Tapi, satu perkara yang aku tak cerita dari awal tadi. Perkara yang membuatkan aku rasa tak tenang sampai sekarang. Perkara yang membuatkan aku rasa bersalah “gila-gila” dekat abang teksi dan geng pakcik-pakcik berkopiah tue, dan satu orang pakcik lagi. Aku dah tipu satu perkara. Entahlah macam mana aku boleh terfikir nak tipu. Benda tue jadi spontan. Macam dah terbiasa pulak ye! Aku tipu aku dari Ipoh, nak ke Butterworth jumpa kawan. Kemudiannya, tersesat sampai ke Penang. Yalah nak jaga diri, nak jaga keselamatan, tapi tersilap tipu pulak. Mungkin sebab cemas sangat kot. Aku kena belajar lagi skill menipu untuk keselamatan nieh. Sebenar-benarnya taknak bocorkan identiti sebenar je. Takut jugak malam-malam macam nieh. Tapi, entah macam mana pusing punya pusing jadi macam tue pulak. Sampai sekarang, aku masih rasa bersalah. Ok, stop di situ.

Dalam perjalanan menuju ke jeti [feri], atau yang lebih manjanya “dalam kereta teksi bersama abang teksi”, aku diam saja. Tak cakap apa-apa. Dia pulak macam bank soalan, punyalah banyak soalan. Aku takmaulah cakap banyak-banyak, nanti makin banyak aku cakap, makin banyak pulak aku TERmenipu. Paling penting, takmaulah macam mesra sangat dengan orang.

Tiba-tiba saja, satu soalanyang dia tanya buat aku rasa tak sedap hati. Betul-betul soalan sensitif lah. Pulak tue, dia tanya sambil tergelak-tergelak. Mulalah dalam hati aku berkata-kata dalam hati, “Aiii..apa kena abang nie?”

“Adik..takdak boyfriend ka?” Zuppp. Mahu tak telan air liur bila dia tanya macam tue. Ini soalan maut nieh. Kalau aku jawab jujur, macam jujur sangatlah pulak. Kalau aku cakap ada, macam bukan aku saja. Lebih baik diam saja.

“Heh. Itu bukan prinsip saya.” Dia pun macam faham tak faham saja. “Yalah, prinsip awak ada boyfriend ke, takdak boyfriend? Ye tak?” Tapi, dia tak tanya macam tue. Dia terus saja bagi nasihat percuma. Seronok jugak aku dengar.

“Dik..takpayah laaa berboypren-boypren nie. Adik tue belajaq lagi. Nanti tak boleh fokus.” Aku angguk saja. Senyum pun adalah jugak. Dia bukan nampak pun.

Pusing punya pusing, dia cerita macam-macam lagi. Dia cerita pasal perempuan zaman sekarang macam nielah, macam tuelah. Dia cerita pasal make up, berhias diri, dan sebagainya. Ermm..banyak jugak. Memang lawak jugak abang nie. Saat itu, aku rasa selesa sikit. Tambah-tambah bila nampak signboard ke jeti. Maksudnya, hala tuju aku sekarang memang sedikit jelas berbanding tadi.

Sampailah jugak akhirnya.

“Takdak duit kecik ka dik?”

“Takdala Bang.. ermm..takpe. takpelah.” *sekali lagi aku guna perkataan abang itu dengan selamba di sini. fuh. Aku bagi not RM 30. Tambang sebanyak RM 25.

“Amboiii..banyak duit sangat ka?” Tergelak aku.

“Nah ambik nie. Cuba kira cukup tak?” Aku pun pulun kira satu-satu not RM 1 tue.

“Eh..nie lebih nie?”

“Takpa-takpa. Ambik saja. Buat belanja.”

“Errrrr…??”

“Terima kasih banyak Bang. Terima kasih jugak atas nasihat-nasihat tadi. Terima kasih banyak-banyak..”

Selepas beberapa ketika, selepas dia tunjuk jalan sikit-sikit, dia pun berlalulah. Sempat lagi sebelum dia pergi,

“nanti kalau mai Penang, cari abang lagi..”

“insyaALLAH..” [dalam hati: camna tak mai Penang bang, saya memang duk Penang pun. haisy.. memang sangat-sangat rasa bersalah lepas tipu tadi. dahlah abang tue baik. bagi duit pulak kat aku.]

Berlalulah abang itu, dan bermula pula kisah seterusnya! Perjalanan dari jeti Penang ke Jeti Butterworth. Kalau tak silap aku, waktu itu jam dah 10.50 malam.

Dial Ummie lagi dan beritahu lokasi. [macam main polis-polis pun adalah jugak. roger-roger out-out gitu ha..syukur, ada gak public phone. huh.]

“Assalamu’alaikum makcik.. nak naik feri ikut jalan nie ye makcik?”

“Adik ikut saja jalan nie, kemudian belok kiri. Haaa..ataupun adik ikut lelaki yang pakai baju oren tue. Dia nak pi sana jugak.”

“Oh ye? Ok-ok, terima kasih banyak na..”

Aku pun ikut sajalah lelaki berbaju oren itu. Punyalah laju dia jalan. Tak larat aku nak kejar. Sampai satu masa, sampai satu tapak, sampai satu selekoh, dia tiba-tiba bersuara:

“Adik nak pi mana nieh?”

“Errr..Butterworth.”

“Dik..nie nak pi Langkawi la..”

“Aikkk? Biar betul?” Riak wajah terus berubah. Aku berfikir-fikir. Terkulat-kulat aku di situ.

“He. He. He. Daklaa.. abang memang nak pi Butterworth pun.”

[Cis, abang nie. Nak main tipu-tipu pun ikut keadaanla. Tiba-tiba rasa terkena batang hidung sendiri. Heh. Tadi tipu orang sangat, haa padanlah muka. Kan orang tipu balik?]

“Oh, takde.. tadi makcik tue cakap, ikut abang. Dia kata abang nak ke Butterworth. Saya pun ikut jelala.” [boleh pulak aku cakap camnie? buatnya dia sapa-sapa ntah? baru terfikir balik.]

“Ooooohhh..”

“Dari mana nie?”

“Err..Ipoh.” [aku tipu dia balik. tapi, sekurang-kurangnya, dia bagitau jugak hal yang sebenar-benarnya. aku pulak, dari A sampai Z lah aku tipu."

Lepas bersoal jawab, nak dijadikan cerita, dia pun akhirnya tahulah dia tentang perjalanan aku yang sepatutnya berhenti Butterworth tetapi berhenti di Penang. Tergelak la jugak dia sorang-sorang.

Beberapa minit kemudian, feri pun sampai. 10 minit delay. Ada masalah apa ntah. Suka la jugak! Tengok pemandangan laut malam-malam. Cantik wooo.. Subhanallah! Angin fresh lagi. Hee. :D

Abang berbaju oren itu duduk sebelah aku. Tapi, dengan beberapa kerusi sebagai penghalang. Mungkin dia faham aku mungkin akan takut-takut. Dia pun mulalah membuka cerita. Dia cerita pasal sejarah nyonya yang kisahnya sebijik macam aku. Dia puji aku berani sebab keluar malam-malam. Haha. Dan...dia dah tak bahasakan diri dia abang, tapi "pakcik". Lagi-lagilah aku selesa. Dia cerita pasal kerja dia sebagai pelukis.

"Pelukis, pakcik?" [waahh..aku kawan dengan orang seni. sukalaa..]

“Haah.. pakcik nie pelukis. Lukis batik-batik camtue ja. Ada dalam beg pakcik nie.”

“Heh.. pakcik, nak tengok boleh?”

“Boleh. Tengok saja na.. jangan beli.” Aku tergelak. Dia tunjukkan aku beberapa lukisan. Cantik! Memang unik.

“Lukis sendiri tau. Bukan cop.” Aku belek dekat-cekat. Aku memang minat kerja-kerja seni nie walaupun tak pandai lukis. Dia tanya pasal pendidikan aku, aku tanya pasal kerja dia, dia cerita pasal Penang, KL dan sebagainya, maka tanpa sedar perjalanan itu terasa sangat singkat walaupun hakikatnya mengambil masa 20 minit.

“Ermm..adik pilih. Nak yang mana satu. Pakcik bagi free.”

“Arrr..betul ke nie?” Hehe. Rezeki jangan ditolak. [sebenar-benarnya saya memang nak beli, Pakcik. tapi saya takdak duit. saya suka benda-benda yang ada sentimental value nieh. tapi, Pakcik nie tiba-tiba TERfaham lah pulak kehendak hati.]

“Saya nak yang nie.. boleh?” Memang cantik. Bunga batik warna putih. Aku suka. Nampak suci.

“Ok..nanti balik frame elok-elok. Letak dalam bilik kat asrama sana nuh..”

“Ok, Pakcik. Terima kasih banyak-banyak..”

Aku jalan cepat-cepat. Pakcik tue lambat sangat, tak sempat nak wish “terima kasih” lagi. Dia ralit menyembang dengan seorang apek yang aku sendiri tak berapa cam sangat.

Bila dah nampak kelibat Ammar, terus rasa lega. Tambah-tambah bila dia jerit, “Akakkkkkk!”

Lagi-lagilah bila nampak Ummie dan Walid. Hee. :) Maka berakhirlah sebuah pengembaraan yang tercatat seribu satu pengalaman manis dan pahit. Kuabadikan dalam blog ini, sebagai tanda aku pernah sesat. Kenangan manis untuk dibaca, dibaca, dan dibaca lagi pada masa akan datang. Kenangan manis untuk membuatkan aku tersenyum!

*sebenar-benarnya menurut pakcik tue, itulah feri terakhir. kalau tak, taktaulah camna?! ya Allah.. alhamdulillah!

p/s: to pakcik baju oren, saya berterima kasih sangat-sangat. to abang teksi, abang memang baik! to pakcik-pakcik berkopiah: terima kasih sebab punya kesungguhan nak tolong saya. pakcik baju oren, abang teksi, dan pakcik-pakcik berkopiah sekalian, saya mintak maaf sangat-sangat sebab tipu dari awal sampai sudah. harap maafkan saya. saya takkan lupa anda semua sampai akhir hayat saya. saya doakan Allah permudahkan segala-galanya untuk anda sebab dah tolong seorang perempuan yang lemah dan tidak terdaya. saya harap anda cam saya, dan kita akan jumpa lagi satu hari nanti. nak la gak belanja makan. hehe.

p/s/s: segalanya hanya Allah yang Maha Kuasa. Tiada kemudaratan, tiada kesusahan melainkan semuanya datang dari Dia. Ajarkanlah aku tentang hikmah sebuah perjalanan untuk aku terus menghargai nikmatMu ya Allah.. untuk aku terus bersyukur tanpa jemu padMu baik susah atau senang. aku bersyukur kerana mempertemukan aku dengan mereka-mereka yang baik hati. permudahkan segalanya untuk mereka, ya Allah.. amin,amin, amin..

p/s/s/s: tahniah amar. hehe. :) bestnyaaaaaaaaaaaaa dah sampai umah! hehe. :D

p/s/s/s/s: bahasa rojak buah. harap maklum. sori yee..nanti saya masukkan gambaq batik tuh ye. hehe. dan mohon maaf sangat-sangat mungkin ada bahasa yang tidak sepatutnya di dalam ini. terkasar dan sebagainya.

p/s/s/s/s/s: panjangnye entry.hehehehehe. macam tak percaya je?!

satu titik pada titik-titik hidup
hanya bila kita renung sesuatu dengan mata hati, kita akan dapat rasa seluruh benda yang Allah bagi itu nikmat. biarpun satu kegagalan, kekecewaan, musibah, malapetaka dan sebagainya. sama ada dia nak bagi kegembiraan sebagai hadiah buat kita, ataupun musibah agar kembali kepadaNya, ataupun dugaan bagi menguji sejauh mana cinta kita terhadapNya. hanya itu. mendapat musibah kita redha, mendapat kebahagiaan kita syukur.

makin aku berlari atas pentas kehidupan, sebagai salah seorang pelakon, makin hati ini faham satu persatu. moga-moga terus kuat untuk mendepani cabaran hari-hari seterusnya. terus positif walau kadang-kadang lemah dan putus asa. terus mencari hakikat cinta seorang hamba kepada Tuhannya.

.aku gembira. tahniah adik akak. kita bakal bertemu di sini. moga Gombak akan mengajarmu erti hidup yang sebenar-benarnya. amin.

terima kasih ya Allah buat nikmat yang seterusnya. jadikan kami hamba yang terus bersyukur tanpa jemu.

salam sayang,

.kak umyrah.

.gombak.

.1431 H.

susahnya nak ucap “i love you”!
Makhluk di dunia, apalah agaknya yang kau fikir tentang aku? Makhluk di langit, apalah agaknya yang kau bicarakan tentang aku? Aku rasa aku manusia munafik. Keras sungguh bunyinya. Bicara aku tak pernah betul. Kata-kata aku, tulisan aku walau ada kejujuran, kadangkala ada yang menyimpang. Siapa kau sebenar-benarnya? Seseorang pernah kata, “hati takkan dapat ditipu dik..” Andai aku mampu untuk jujur, pasti dan semahu-mahunya, aku ingin jadi manusia jujur. Jujur pada diri sendiri. Jujur pada hati. Jujur pada manusia.

Andai aku manusia jujur, pasti mudah saja aku kata, “I Love You”. Kalau Qais berkata-kata dalam syairnya, “aku mencium dinding bukan kerana aku cinta pada rumah ini, tetapi kerana aku cinta dan sayang pada penghuninya!” Hermm…dinding pun sanggup dicium!

Dan….kalau saya benar-benar sayangkan awak, bukan sekadar mencium dinding malah lebih dari itu saya akan mampu untuk melakukannya! Saya pasti akan terus bersemangat untuk tiap-tiap hari kejutkan awak bangun solat Subuh, ajar awak tutup aurat, ajar awak sayangkan diri sendiri lebih dari dia yang awak sayang. Ajar awak baca Al-Quran dan segala-galanya yang saya tahu. Saya sedar, dan saya sentiasa tahu saya ini tak pernah sempurna, maka oleh sebab ketidaksempurnaan itulah,  saya sangat-sangat berharap Allah kira kasih sayang saya pada awak untuk melengkapkan diri saya menjadi sedikit sempurna, walaupun tidak sepenuhnya. Tapi, sampai sekarang saya masih teragak-agak untuk ucap tiga perkataan itu. Kenapa ya? Teringin benar untuk aku rasa betapa indahnya nikmat berkasih sayang yang Rasulullah dan para sahabiah tonjolkan. Kemesraan Ansor dan Muhajirin. Rindu sungguh!

Ingin saja aku jadi manusia jujur, pada diri pada hati sendiri. Pada manusia. Pada Makcik yang aku dah amati benar wajah mulusnya walaupun aku sedia tahu, dia pasti masih ragu-ragu dengan identitiku. Ingin saja wahai Makcik yang telah lama bertakhta di hati! Walau sekejap cuma, aku hanya mahu tanya namamu, tempat tinggalmu, dan mungkin di akhir perbualan kita, mahu saja aku ucapkan, “Terima kasih sangat-sangat sebab selalu tolong cuci toilet blok nie. Tanpa Makcik, saya taktaulah toilet nie jadi apa. Saya jadi bersemangat, hati saya lega dan tenang kalau tengok toilet bersih. Satu hari, saya mahu saja tolong sikit-sikit kalau perlu.” Tapi, disebabkan aku masih tidak menjadi manusia jujur, maka nama Makcik itu pun aku tak tahu sampai sekarang. Kami hanya berbalas senyuman saja. Kalau aku reti, tahu dan hayati makna tiga perkataan itu, pasti telah aku selongkar semuanya satu persatu. “Anak berapa? Suami nama apa? Dah berapa lama kerja?” Kan Makcik kan? Haaaaaa..

Ingin saja aku jadi manusia jujur. Untuk aku khabarkan padamu, tentang hakikat penciptaan kita. Tentang maruah kita. Tentang harga diri kita. Tentang malu kita. Aku masih juga takut-takut untuk berkata-kata, bimbang hati manusia terluka. Aku masih ragu-ragu untuk bersuara, punya rasa rendah diri jua merasakan aku makhluk bukan sempurna! Pelik bukan permainan syaitan ini? Dia tak nampakkan kita pada benda yang jahat-jahat, tapi dia selinapkan keraguan dan rasa syak wasangka pada benda baik yang memang telah sedia kita lakukan. Aku sendiri tahu, dan ternyata sukar untuk aku bergerak pada tahap mampu. Susah benar untuk aku terjemahkan bahasa-bahasa ini pada gerak amal!

Sedangkan aku juga sedia maklum tautan ukhwah fillah itu hubungannya berkait dengan iman dan akidah. Apabila salah seorang kelihatan futur, atau imannya seolah-olah terkandas dalam jurang dosa, maka kita seharusnya sama-sama perlahan-lahan mendaki kembali ke puncak. Biar sama-sama peroleh maghfirah dan hidayah Allah. Ikatan kita seharusnya membatasi akal, bukan sekadar jalinan di dunia, tetapi jauhnya hubungan itu jaraknya menjangkaui alam akhirat. Alam syurga! Ikatan kita seharusnya berlandaskan ketaqwaan kepada Yang Maha Pengasih.

“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” –Az-Zukhruf:67

Namun, masa kini dan saat ini kita seolah-olah berpegang pada fahaman nasionalisme. Fahaman yang mementingkan hubungan moral, hubungan ke-melayu-an, hubungan “-me,-me” yang lain lebih daripada ikatan akidah dan iman itu sendiri. Kalau zaman dulu, mereka menyembah patung-patung sebagai berhala. Berhala-berhala itulah kononnya yang mempersatukan hati dan jiwa mereka hingga tumbuhnya perasaan kasih dan sayang. Tapi sekarang, apa mungkin “-me, -me” zaman kini adalah bentuk berhala zaman moden? Ya Allah..na’udzubillah.

Huh, sebenarnya banyak lagi bilangan “I Love You” yang seharusnya diungkap, tapi tak terungkap. Baik bahasa lidah, bahasa badan, atau bahasa tulisan. Cukuplah beberapa kisah sebagai contoh. Ternyata bukan, aku manusia paling tidak jujur? Errr..paling…dalam dunia mungkin?

Andai saja “I Love You” mampu diterjemahkan dengan makna kata yang sebenar-benarnya, pasti kau akan lebih memahamiku. Aku akan lebih memahami dirimu. Kita satu. Dan…yakin, seyakin-yakinnya aku akan lebih menyayangimu berbanding diri aku sendiri. Kan? Aku pasti akan heret dirimu ke arah kebaikan, sebagaimana aku juga mahukan kebaikan. Aku pasti akan mengheretmu ke jalan Allah, kerana sebagaimana aku mahukan syurga, aku juga ingin kau menikmati keindahannya bersama-sama denganku. Aku masih juga manusia gagal. Gagal menterjemah “I Love You” ke bahasa akal. Bahasa hati. Bahasa amal.

Paling simple lah. Paling atau sangat-sangat mudah untuk dilakukan. Aku masih juga biarkan lafaz tersimpan, sedangkan tingkah boleh saja berbicara. Tapi, selagi mana kata-kata belum terluah, sampai bila-bila pun orang takkan faham! Ya, memang penting bahasa badan! Namun, hakikatnya kata-kata lebih memberi erti biarpun karangan hati hanya tergambar pada coretan kertas kumal. Kata-kata dan tingkahlaku harus dicantumkan. Barulah nampak sedikit kesungguhan “I Love You” itu. Haaaaa…

Akhir sekali, I Love You Ummie, Walid, adik-adik Akak (Ukasyah, ‘Ammar, Insyirah, Iman) dan semuanya yang sudi untuk menerima kasih sayang daripada manusia biasa macam aku.

Salam Mujahadah.

[susahnya nak jujur dengan hati sendiri. saya cuba untuk menulis dengan sebenar-benarnya. ternyata, saya gagal. saya gagal, kalau anda langsung tak faham satu apa pun point yang cuba untuk saya utarakan. saya memang gagal lagi untuk jadi jujur. agaknya, saya memang sesuai jadi manusia tidak jujur. huh. wassalam]

Iklan:

p/s: adik, dah lama duk rumah tue. qiyam seminggu sekali pun dah ok sangat. lama-lama duk rumah, bahaya tau. Adik lebih tahu kalau Akak tak cakap lebih-lebih pun. kan? dengan tv lagi, dengan tenet lagi, dengan macam-macam pengaruh yang memang Adik sendiri sedia maklum. hati kita dik, macam gelas kosong. kalau tak diisi, adalah benda yang akan masuk. kita yang merana, sakit, tertungging, terbalik semualahhh kalau kita tak bagi dia makan. hee. bercakap dari pengalaman.

p/s/s: ‘Ammar, Syirah, Iman, jangan lupa ngaji. penting!

p/s/s/s: Akak nak balik la. rindu seyh.. tak aci sungguh shopping barang-barang time Akak takdak. makan RFC, makan pizza kat kiosk, siap order ayaq RM 4.50 segelas! siap posing gambar berempat lagi. dah tue pulak MMS kat Akak lagi. penuh kemesraan dan kasih sayang pulak tuh. wuwuwu.. memang aksi yang sungguh tak dapat diterima hati dan akal. heh. pastu siap tanya lagi, “anak sapalaaa yang duk atas bukit tuh? ciannyaa dia..” fuh. memang jeles. maksima!

p/s/s/s/s/: ‘Ammar..lalalala.. result dah nak dapat! yuhuuu..amacam, dah ready? [berlari-lari anak gaya ‘Ammar]. pesanan to Adik: sila gelak! hehe.

p/s/s/s/s/s/: ok, nak full stop dah. salam!